Seperti ramai yang sedia maklum, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.
Setelah beberapa tahun tidak bertemu akibat pandemik, akhirnya kedua-dua diva popular ini dapat jua bertemu, melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bersua muka.
Siti berkongsikan gambar bersama Kris menerusi laman Instagram miliknya di mana kedua-duanya bertemu di restoran cef popular Gordon Ramsay yang terletak di Bandar Sunway, Selangor. Turut kelihatan dalam foto berkenaan ialah anak-anak kepada dua-dua penyanyi popular tersebut iaitu Siti Aafiyah, Muhammad Afwa dan anak Kris, Amora.
“Hari ini (Sabtu) bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love Kris Dayanti dan juga kakak Amora.
“Dua tahun lebih tidak bertemu… hari ini kami berkesempatan makan tengah hari bersama.
“Meskipun pertemuaannya singkat tetapi dapat melepaskan rindu masing-masing.
“Ketemu lagi ya love (Kris), ada rezeki kita boleh satu stage lagi,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Difahamkan Kris berada di Malaysia bagi mengadakan persembahan di Sunway-Malaysian AIDS Foundation Red Ribbon Gala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kris Dayanti