Setelah hampir tiga minggu melahirkan cahaya mata kedua, pelakon dan pelawak Ain Sufia akui emosi dirinya kini berada dalam keadaan kurang stabil sepanjang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin.

Dedah lagi Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Othman, dia akui sensitif dan mudah menangis apabila berjauhan dengan suami tercinta, Mohd Nor Ab Mutalib.

Pelakon berusia 34 tahun ini telah berkongsi hal tersebut bersama para pengikutnya di akaun media sosial Instagram, pada Isnin.

20 Hari Bersalin, Ain Sufia Cerita Fasa Tempoh Pantang; “Emosi Tak Berapa Stabil. Sikit-Sikit Nak Nangis.” 20 Hari Bersalin, Ain Sufia Cerita Fasa Tempoh Pantang; “Emosi Tak Berapa Stabil. Sikit-Sikit Nak Nangis.”

“Pantang hari ke 20 hari ni. Pagi-pagi subuh keluar ikut hantar @matnor_leeb kene kursus naik pangkat 3 minggu. Nak tak nak kene jugak lah keluar, drive kereta.

Ads

“Tengah pantang ni emosi tak berapa stabil. Sikit2 nak nangis. Ni ayah 3 minggu kursus tak boleh balik, anak vc je ngn bapak ok dah dia.

“Mader keluar je daripada kawasan hantar dia tadi, den dah nangisss. Hahhahaha cannot stand anymore walaupun dekat Bangi jee.

“Semoga dipermudahkan urusan suamiku. Ibu ayah tumpang rezeki anak2 . @indah.nufa Iman Haris,” tulisnya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa)


20 Hari Bersalin, Ain Sufia Cerita Fasa Tempoh Pantang; “Emosi Tak Berapa Stabil. Sikit-Sikit Nak Nangis.” 20 Hari Bersalin, Ain Sufia Cerita Fasa Tempoh Pantang; “Emosi Tak Berapa Stabil. Sikit-Sikit Nak Nangis.”

Untuk rekod, Ain dan suami, Mohd Nor Ab Mutalib selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2019.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata bernama Indah Nufa, 2 dan Iman Haris yang baru sahaja dilahirkan pada 25 Mei lalu.

Ads

20 Hari Bersalin, Ain Sufia Cerita Fasa Tempoh Pantang; “Emosi Tak Berapa Stabil. Sikit-Sikit Nak Nangis.” 20 Hari Bersalin, Ain Sufia Cerita Fasa Tempoh Pantang; “Emosi Tak Berapa Stabil. Sikit-Sikit Nak Nangis.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Ain Sufia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI