Melibatkan diri hampir 20 tahun sebagai anak seni, pelakon Melissa Campbell akui teruja apabila lakonannya di dalam drama Keluarga Itu dan First Wives berjaya meraih perhatian ramai.

Bagaimanapun, Melissa memaklumkan dirinya tidak boleh terlalu selesa, seterusnya perlu terus memberikan fokus untuk meningkatkan mutu lakonan.

“20 Tahun Saya Dalam Industri Ini,” – Keluarga Itu & First Wives Lonjak Nama Melissa Campbell, Bangga Lakonan Beri Impak

“Ramai yang kata, drama Keluarga Itu dan First Wives telah menaikkan nama saya. Sebenarnya, saya sudah hampir 20 tahun berada di dalam industri ini. Saya berkerja keras untuk sampai ke tahap ini.

“Bila ada yang kata nama saya sudah semakin melonjak, saya pun tak tahu. Saya hanya berada di dalam zon saya sahaja. Saya tidak terlalu fokus untuk hal seperti itu,” katanya kepada MH.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pratonton drama First Wives, baru-baru ini.

Ads

Syukur & Terharu

Pada masa sama, Melissa akui teruja selepas melihat maklum balas peminat mengenai lakonannya di dalam dua drama terbaharunya itu.

“20 Tahun Saya Dalam Industri Ini,” – Keluarga Itu & First Wives Lonjak Nama Melissa Campbell, Bangga Lakonan Beri Impak

“Saya kini teruja bila dapat berinteraksi bersama penonton dan peminat drama saya. Sebelum ini, saya tak pernah tahu maklum balas penonton mengenai lakonan saya.

Ads

“Saya baca setiap komen anda. Saya gembira bila lakonan saya dapat memberikan impak. Kita bukan berlakon untuk diri sendiri tetapi penonton,” ujarnya.

Ditanya mengenai komen nakal yang ditinggalkan segelintir netizen gara-gara penampilan yang dikatakan daring, Melissa menyifatkan perkara itu merupakan lumrah sebagai figura awam.

“20 Tahun Saya Dalam Industri Ini,” – Keluarga Itu & First Wives Lonjak Nama Melissa Campbell, Bangga Lakonan Beri Impak

Ads

“Saya tidak tersinggung. Ini adalah sebahagian daripada kehidupan sebagai anak seni bila kita menonjolkan diri di khalayak. Saya layankan sahaja komen-komen tersebut. Tiadalah sampai nak marah.

“Saya seorang yang boleh dibawa bergurau. Suami juga berfikiran sama seperti saya. Dia okay sahaja. Kata dia, biarlah mereka nak berkata apa sahaja,” akhirinya.

Terdahulu, First Wives yang juga merupakan Astro Orinal Series sudah mula ditayangkan secara On Demand atau strim menerusi platform, Astro Go.

Selain Melissa, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Malek Mccrone, Mimi Lana, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI