Pelakon, Saharul Ridzwan mendedahkan kepada orang ramai bahawa 2017 merupakan tahun kejatuhan buat dirinya.

Menurut Saharul, pada penghujung tahun tersebut dia mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga terpaksa menjual barangan peribadi selain mencatu perbelanjaan.

“Pada penghujung tahun 2017, lepas Deena melahirkan Ali, saya ada masalah kewangan.

“Kalau korang ada terbaca artikel-artikel di mana saya terpaksa menjual barangan koleksi peribadi dan hadkan perbelanjaan 30 Ringgit sehari.

IKLAN

“Benda tu memang betul. Pada tahun itu saya anggap itulah tahun kejatuhan saya dimana perkara itu juga merupakan silap saya juga.

“Waktu banyak source of income datang, kita tak beringat kita takda saving tak tahu nak laporkan ke mana.

Tambah pelakon drama Korban Kasih itu lagi, kehadiran anak sulungnya, Ali banyak mengubah corak hidupnya ketika ini.

IKLAN

“Saya spend kat benda-benda yang rasanya saya fikir tak perlu. So, pada waktu itu saya banyak pinjam duit dengan kawan-kawan.

“Pada tahun 2018, bila tengok Ali semakin membesar saya set dalam diri saya itu adalah ‘big why’ saya.

“Kita perlukan ‘big why’ kenapa? Sebab itu lah yang mencorakkan hidup kita, akan buat kita rasa ‘struggle to strike the best’ pada masa hadapan.

IKLAN

“Jadi selepas Ali saya rasa hidup saya berubah betul. Saya dah mula menyimpan, saya mula fikirkan apa masa depan saya. Adakah dengan berlakon semata-mata?

“Jadi pada tahun 2019 saya keluarkan produk. Saya rasa itu adalah waktu terbaik di mana saya ada lagi seorang anak,” katanya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Saharul menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, pemenang tempat ke-3 Hero Remaja 2012 itu turut berterima kasih kepada sahabatnya, Fizo Omar kerana banyak memberikannya dorongan untuk mengubah hidup ke arah lebih baik.

“Semua orang ada zaman kejatuhan. Saya tak malu. Saya tak malu nak kongsi dengan korang. Saya pernah pinjam duit kawan saya semata-mata untuk makan.

“Fizo ada waktu tu. Saya jumpa dengan dia saya cakap macam mana nak memperbaiki hidup?

“Semua hutang-hutang saya dah selesai. Hutang dengan bank ja belum. Alhamdululillah. Saya anggap itu adalah pencapaian terbaik bagi saya,” kata Saharul.

Terdahulu, Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra .
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI