Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein ada berkongsi cerita tentang sikap anaknya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Elly atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom memaklumkan anaknya bersikap sangat mesra bersama suaminya.
“Anak manja papa, 24 jam bekepit dgn papa dia atas sejadah pun nak bekepit,” tulisnya ringkas.
Foto yang dikongsi memperlihatkan permata hatinya, Putri Sara Sefhia yang sedang berada di pangkuan bapanya di atas sejadah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terus mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.
Sekadar informasi, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Puteri Sara Sefhia, 3 tahun.
Namun, pasangan ini telah bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 17 Januari lalu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Elly Mazlein