Mengalami masalah cakera tulang belakang tergelincir sakit (slipped disc) sejak 2013 lalu, penyanyi senior yang cukup terkenal dengan lagu Teringin, Shima juga mengakui dia memakai lampin pakai buang lebih dua tahun lalu bagi memudahkan urusannya sehari-hari.
Sekali gus, ia menyebabkan masalah penyingkiran air kencing berlaku.
“Sampai sekarang saya pakai lampin pakai buang, 24 jam saya pakai kira-kira sejak dua tahun lalu, malah sebelum saya ke tanah suci untuk tunai umrah lagi.
“Cuma ketika di tanah suci, Allah permudahkan saya tidak alami situasi sulit melibatkan buang air besar atau kecil.
“Alhamdulillah, saya ‘pakai kosong’, Allah permudahkan sebab niat kita ketika itu adalah untuk beribadah,” katanya yang mengalami sistem pundi kencing yang lemah.
Malah, Shima atau nama lengkapnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman memberitahu dia juga kini ada mengambil beberapa jenis ubat bagi mengurangkan masalah kesihatan yang dialami.
Ads
Terdahulu pada Ogos lalu, penyanyi berusia 50 tahun ini juga terharu apabila mendapat surat tawaran menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) bersama suaminya.
“Alhamdulillah dengan rezeki yang Dia bagi dan atas izinNya membuatkan ia semua berlaku. Jadi saya rasa sangat bersyukur dan tidak pernah terlintas pun di fikiran saya perkara ini akan terjadi.
“Bantuan daripada pihak terbabit termasuk rakan media amat-amat saya hargai,” jelasnya lagi yang turut menambah dirinya tidak pernah menyesal atas takdir yang berlaku dalam hidupnya kini.
Ads
“Saya tidak pernah rasa kesal kerana tidak menyimpan. Bagi saya apa yang berlaku adalah satu fasa yang saya kena lalui. Saya pernah lalui zaman 80-an, 90-an sehinggalah sekarang. Setiap fasa ada pengalamanya yang berbeza.
“Tidak semestinya kita akan sentiasa berada di atas. Satu hari kita akan sakit, akan jatuh dan ini adalah antara dugaan yang Allah bagi. Saya lalui dengan tenang dan terima hati terbuka dan reda.
“Ini bahagian saya, orang lain saya tidak tahu,” akui Shima yang turut menyifatkan suami adalah insan yang cukup memahami.
Ads
“Saya bersyukur kerana miliki suami yang cukup memahami, begitu juga dengan keluarga yang beri sokongan moral. Suami sentiasa ada dengan saya.
Sambil menyifatkan kesihatan adalah yang menjadi keutamaannya ketika ini, Shima juga turut memberi pesan kepada golongan artis muda untuk mementingkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Jaga kesihatan dan kalau ada simpanan lebih perlu ada insurans kesihatan sebab kita tidak tahu bila kita akan sakit atau berdepan dengan situasi sukar. Tambahan pula sakit tidak mengira umur,” pesan Shima lagi.
Shima terdahulu ditemui pada majlis Sidang Akhbar Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi (Kesinambungan Konsert Penyanyi Lagenda, Allahyargham Saleem) di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Ahad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini turut menyaksikan beberapa selebriti tempatan yang berbangsa Tionghua berkongsi momen bermakna mereka bersama keluarga tercinta.
Misalnya bintang YouTube yang kini bergelar pelakon, Sean Lee Jia Ern atau lebih sinonim dengan panggilan Seanlje tidak melepaskan peluang mengisi masa bersama ahli keluarga, lalu berkongsi kegembiraan menerusi media sosial.
Sepotong video yang menyaksikan bintang muda itu sedang bermesra dengan nenek menjadi perhatian netizen, terutamanya di kalangan gadis.
“Tag your granny because I’d like to know them and give them the love they deserve,” tulisnya.
Sambil merakamkan ucapan buatnya, ada peminat yang ‘cair’ dengan gelagat bintang yang muncul menerusi muzik video Ayda Jebat berjudul Tembarang itu dan tidak kurang yang mahu cari teman lelaki yang memiliki sikap seperti Seanjle!
Foto: Instagram Seanlje
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.
Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.
Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.
“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.
“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.
“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.
Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.
Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
Sementara itu, di ruangan komen, netizen kebanyakannya turut memuji kecantikan ibu beranak dua ini.
Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!