Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah menitip kata ucapan buat suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo.
Difahamkan, mereka kini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25.
“25 thn i JAGA you
25 thn i KEMAS baju you
25 thn MESIN i CUCI baju you
25 thn i MASAK utk you
25 thn i MAKAN dgn you
25 thn i KETAWA dgn you
25 thn i NANGIS dgn you
25 thn i BERTEKAK dgn you
25 thn i MEMBEBEL kat you
25 thn i TIDUR dgn you
25 thn i DOA utk you
25 thn i HIDUP dgn you
25 thn i SAYANG you
“25 thn i belum rasa BOSAN dgn you. It has always BEEN YOU & it will always BE YOU.Happy Anniversary babe @jinggo_jspictures thank you for making my LIFE easier, better & happier.
“Love you my love #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya penuh makna.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut mendoakan agar mahligai cinta Sheila bersama suami kekal bahagia selamanya.
Pasangan selebriti itu turut bahagia harmoni bersama dua cahaya mata lelaki yang kini menginjak dewasa.
Foto: Instagram Sheila Rusly