Penceramah yang juga peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga sekitar jam 5.00 pagi tadi.

Menerusi entri di Instagram, Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama bayi yang baru dilahirkan, sejam lalu.

“Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..

“Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..

Ads

“Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.

“Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.

Ads

“Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” tulisnya panjang lebar.

Ads

View this post on Instagram

Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini.. . Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital . Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi.. . Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. . Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.. . Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. . Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.. . Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada.. . Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar . ❤️?

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

PU Amin dan isterinya mendirikan rumah tangga tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Foto: Instagram PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI