Tahniah diucapkan buat penyanyi Ariff Bahran dan isterinya, Amirah Syazwani Ridzwan yang selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka, awal pagi tadi.
Menurut Bahran, 24, bayi lelaki itu dilahirkan kira-kira jam 3.32 pagi.
“24/7/2022 – 3.32am Alhamdulillah. We are so proud of you already my boy,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Bintang ini turut memuat naik video pendek tangsian serta fotonya yang sedang pangku permata hati.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat mereka. Antaranya;
“So happy for you, officially Dad.”
“Alhamdulillah congrats Bahran & Myra.”
”Alhamdulillah congrat both of you.”
”Alhamdulillah syukur. Congrats brotha.”
”Tahniah sahabat.”
Bahran turut menzahirkan rasa bangga dan cintanya buat
Sekadar informasi, mereka mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.