Naim Daniel berjaya mencuri perhatian apabila menggubah semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah yang dipopularkan oleh Ella kepada genre Irama Malaysia, menerusi program Immortal Songs, Ahad lalu.
Menurut Nielsen Malaysia, lebih 3.4 Juta penonton menjadi saksi Naim Daniel berjaya memegang rekod tertinggi menyangi Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff dan Naqiu pada malam tersebut.
Ahad depan pada 13 September pula, Immortal Songs akan menampilkan komposer lagenda, Fauzi Marzuki bersama enam penyanyi, Luqman Faiz, Kugiran Masdo, Amir Masdi, Fieya Julia, Azmi Saat dan Tajul Ariff yang akan memberi nafas baharu kepada lagu beliau.
Luqman Faiz akan membuat persembahan tersendiri menerusi lagu Lagenda, Kugiran Masdo (Jejaka Idaman), Amir Masdi (Sepi Sekuntum Mawar Merah), Fieya Julia (Di Alam Fana Cinta), Azmi Saat (Penghujung Rindu) dan Tajul Ariff (Pada Syurga Di Wajahmu).
Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod.
Mereka dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut) dengan gubahan lagu berbeza.
Ini bermakna, adalah pilihan mereka untuk menukar genre lagu tujuh lagenda tersebut atau menggubah semula muzik lagu pilihan mereka mengikut kreativiti masing-masing.
Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut pula, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka.
Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain.
Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut.
Sementata itu, para penonton dirumah berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan mereka melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs antara 9.00 – 10.30 malam, malam Immortal Songs bersiaran.
Program ini dihoskan Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas, manakala Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini.
Ikuti bersembahan Naim Daniel menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah di sini;
Foto: TV3