Pelakon dan atlet sukan lasak, Mat Redho akui masih trauma dengan insiden menimpa anak lelakinya yang laporkan hilang di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) sebelum ditemui selamat selepas tiga jam, baru-baru ini.
Menurut Mat Redho atau nama sebenarnya, Mohd Redha Rozlan dia kini lebih peka tentang persekitaran anak-anaknya lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar.
“Sampai sekarang, saya masih lagi trauma. Mata ini selalu peka dan berjaga-jaga sewaktu mereka pergi ke taman permainan dan pusat membeli belah.
“Saya pasang mata walaupun mereka tidak perasan. Itu cara yang saya perbaiki ketika menjaga anak,” katanya kepada MH.
Mat Redho berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Maskulin Who’s Your Bro di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Katanya lagi, insiden ini juga telah membuka matanya untuk lebih tahu tentang prosedur pihak polis berkaitan orang hilang yang sebelum ini disalah tafsir.
Ads
“Kita selalu tengok kejadian orang hilang di dalam filem atau drama, senario yang mereka tunjukkan adalah selepas 24 jam baru boleh buat laporan polis.
“Jadi, kita pun terikut. Sebenarnya perkara itu salah. Kalau kita rasa ragu-ragu atau sudah tak nampak anak dalam masa setengah jam, terus pergi ke balai polis.
“Mereka akan buat hebahan dalaman dan polis-polis ini akan mula mencari. Itu yang pihak polis minta saya maklumkan kepada semua juga,” katanya.
Ads
Menceritakan semula mengenai insiden tersebut, Mat Redha akui fikiran bercelaru sepanjang hampir tiga jam anaknya itu hilang.
“15 minit anak hilang dari pandangan ketika di taman permainan pun kita sudah gelabah. Inikan pula hilang tiga jam. Macam-macam perkara saya fikir ketika itu.
“Saya berfikir luar kotak dan mencari anak saya di dalam longkang. Takut terjatuh atau pengsan. Saya juga cari di almari sekolah takut jika ada orang khianat.
Ads
“Saya cari juga di dalam tasik di hadapan sekolah. Saya bukan doa perkara yang tidak baik tapi itu inisiatif saya sendiri,” katanya lagi.
Malah, dia juga turut mengalirkan air mata saat anaknya berjaya ditemui oleh pihak polis.
“Bila jumpa, saya menangis. Sejam lebih hilang pun saya sudah nangis. Dalam masa dua jam itu, macam-macam boleh jadi lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Ada yang kerat orang untuk ambil organ. Segala boleh berlaku dalam masa yang pantas. Saya takut dan risau,” katanya.
Pada masa, Mat Redho turut berterima kasih kepada pihak polis yang berjaya menemukan anaknya itu dan pengikutnya di media sosial yang turut sama membantu membuat hebahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Anak-anak mengharap dan dalam doa mereka mendoakan agar kami tetap satu keluarga. Jadi saya rasa doa anak-anak pun turut termakbul. Alhamdulillah.”
Demikian kata aktres, Diana Danielle selepas ditanya mengenai sepasang anaknya bersama Farid Kamil, Muhammad dan Nur Aurora selepas melihat hubungan ibunya bersama bapa mereka kembali akrab.
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial baru-baru ini.
“Saya tidak boleh kongsikan terlalu banyak mengenai apa yang berlaku sebab sejak proses di mahkamah lagi, saya cuba untuk tidak ulas panjang. Ia sesuatu yang peribadi dan libatkan hal-hal keluarga.
“Apa yang boleh saya cakap, saya terharu dengan doa yang baik-baik daripada orang sekeliling. Saya ada rasa sikit kelegaan terutamanya bagi pihak anak-anak.
“Bagi saya, kalau ada sesuatu perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam hal melihatkan keluarga kita cubalah yang terbaik untuk cari penyelesaian.
“Bukan nak kata dulu tak ada kata sepakat cuma kadang kadang kita perlu lalui situasi yang berat barulah kita boleh perbaiki apa yang sepatutnya diri kami,” katanya kepada MH.
Diana ditemui di Ujibakat DewiHero Remaja 2023 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Ahad.
Ditanya sama ada dia dan Farid sudah kembali rujuk, pelakon filem Hanyut ini menyerahkan hal tersebut kepada Farid untuk memperjelaskannya.
“Saya rasa tidak perlulah untuk saya jelaskan secara terperinci. Saya izinkan Farid untuk bercakap hal ini dengan lebih lanjut jika ada pihak yang bertanya mengenainya.
“Saya pun sebelum ini memang banyak ‘reserved’ dalam hal berkaitan peribadi. Mana yang saya senang untuk kongsi, saya akan berbuat demikian dan begitu jugalah sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon dan model Alicia Amin cantik, selamat melangsungkan diijakabulkan bersama lelaki pilihannya, yang dikenali sebagai Farzan, hari ini.
Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin dilihat mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Alia Bastamam, menerusi perkongsian juru solek terkenal, Khir Khalid di Instagram, sebentar tadi.
“Raja Alicia Amin nikah, makeup #KHIRsbride using @lamer, outfit @aliabastamamkl, hijab @nazlivingastyle, photo @biboaswan,” tulisnya memberikan kredit bersempena dengan hari bahagia Alicia.
Malah menerusi beberapa perkongsian di Insta Story, Khir turut memuat naik beberapa momen indah bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu yang tampak ayu.
“Alicia Amin in Alia Bastamam,” tulis Khir.
Sementara itu, beberapa foto sekitar juga turut dikongsikan ahli keluarga dan skuad cantik yang menata rias Alica.
Foto: Instagram Khir Khalid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi yang kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan milik penyanyi itu mengakui kerinduan terhadap Sarah masih lagi menebal.
Siti Fatimah, 35, atau mesra disapa Makder berkata, perasaan tersebut akan tiba-tiba muncul dalam fikiran.
“Kadang kalau teringat tu, tak semana-mana boleh menangis. Ada ketika bila rasa ‘down’, akan ingatkan dia. Iyalah, semua benda kami lakukan bersama.
“Bukan sahaja sebagai satu keluarga, tapi juga sebagai teman bicara tempat meluahkan apa sahaja.
“Hampir setahun dia tinggalkan kita semua, namun sampai hari ini perasaan rindu itu tidak boleh saya ungkap dengan kata-kata,” katanya.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.
Meski reda, Makde bagaimanapun perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama arwah sebelum ini.
“Kalau boleh saya kongsi, pada awal arwah pergi, jualan naik mendadak. Sehingga tudung dan pakaian Muslimah dalam gudang habis terjual.
“Kemudian kami lakukan beberapa strategi promosi lain seperti mengunakan khidmat Anzalna. Sedikit demi sedikit saya juga mulai ke depan untuk sama-sama menaikkan jenama ini.
“Saya percaya kepada proses penjenamaan itu sendiri. Alhamdulillah, progres yang baik dari semasa ke semasa. Ya, kami sedar arwah penggerak utama dalam Loveta dan Ratasya Cosmetics.
“Namun besar harapan dan doa kami agar legasi yang diusahakan Allahyarham akan terus berjalan dengan baik hasil sokongan semua, insya-Allah,” katanya.
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...