Selepas hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon jelita, Puteri Aishah mengumumkan kini hamil anak pertama.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.
Menerusi video berdurasi hampir 30 saat itu, Puteri Aishah dilihat memeluk suaminya, Muhammad Firdaus sambil menunjukkan keadaan perutnya yang kian membesar.
“Seekor rama-rama yang akan bertukar menjadi kaki kecil,” tulisnya.
Pasangan tersebut difahamkan kini sedang bercuti di Korea Selatan.
Bagaimanapun, bintang kelahiran Dewi Remaja 2014/15 tidak berkongsi butiran terperinci termasuk usia kandungannya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Puteri Aishah dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Tahniah si cantik. Tumpang gembira untuk awak,” komen pelakon, Zahirah Macwilson.
“Saya terlalu teruja untuk berita ini,” kata pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan.
“Tahniah korang. Syukur alhamdulillah,” komen pengacara dan pelakon, Eleena Sui.
“Tahniah Putri dan suami,” komen pengacara dan pelakon, Uyaina Arsyad.
Terdahulu, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Aishah