Hari ini genap setahun anak kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees.
Malah, figura jelita itu turut berkongsi video ultra sound ketika Eidress dalam kandungan.
“Happy 1st birthday my son. Hampir 3 tahun saya menantikan untuk berbadan dua.
“Ketika itu juga saya dikurniakan bayi lelaki. It was the most surreal feeling I have ever felt!,” tulisnya.
Malah, pelakon drama Memori Cinta Suraya mempuyai sebab tersendiri menamakan anaknya Eidress.
“Yes, we both wanted a boy! Saya melahirkan Eidrees beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lepas,sebab itu saya namakannya EIDrees.
“Ia merupakan suatu memori yang sukar untuk dilupakan. I love watching him grow into a such happy baby. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Menerusi video yang dikongsikannya, Anzalna sangat teruja apabila disahkan hamil bayi lelaki.
Malah, dia turut merakam foto ketika Eidress dilahirkan hingga kini.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif Zaki berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidrees, 1 tahun
Foto : Instagram Anzalna