“30 Kuntum Bunga Ros Melambangkan Kesetiaan Saya Pada Awak,”- Sweet Ucapan Datuk Lokman Teh Buat Kekasih, Atikah Suhaime

Share

Pelakon, Atikah Suhaime gembira kerana menerima sejambak bunga ros dari kekasihnya, Dato Lokman Teh.

Perkara itu dikongsikan pelakon asal Singapura itu di Instagramnya. 

“Ya ampun sayangggggg!!! 😂

memang hari-hari ke I dapat bunga ni??? Thank you so much babyyyy @lokmanteh

“Semoga cepat border buka, boleh jumpa lagi. love you so much @lokmanteh,” tulis Atikah di ruangan kapsyen.

Menerusi foto tersebut, ia turut disertakan ucapan istimewa Lokman terhadap kekasihnya itu.

“Kepada Atikah, 30 kuntum bunga ros melambangkan kesetiaan cinta I kepada you. I love you with all my heart.

“Can’t wait to see you once the border is open. From, Dato Lokman Teh,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut, rata-rata mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu. 

Terdahulu, Atikah telah meraikan ulang tahun kelahiran Lokman pada bulan lalu.

Foto : Instagram Atikah Suhaime

Published by
MH