Pelakon jelita, Ramona Zam Zam mengakui berasa kagum apabila Malaysia ternyata memiliki pulau dan tempat percutian yang sangat cantik.
Menerusi perkongsian di Instagram, finalis Dewi Remaja 2010 itu ada berkongsi momen ketika sedang bercuti di sebuah pulau yang terletak di negeri Johor.
Dalam pada itu, Ramona turut meluahkan rasa gembira kerana sempat isi masa bersama keluarga sebelum perlaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
“30 tahun duduk Malaysia tak pernah tau Johor ada pulau2 cantik mcm ni.
Ads
“So happy i managed to go for a quick vacation bersama family, sempat balik 1 day before PKPB 2.0 bermula so now duduk rumah diam2 .
“Banyak sgt pulau yg kitorang pegi, don’t ask me, Ramona dah lupa semua nama pulau2 tu but you can check with @pridestour kalau nak holiday kat sana,” tulisnya.
Sering berlakon dalam naskhah bergenre gengster, Datuk Aaron Aziz, 47, berkata setiap ibu bapa perlu memantau kegiatan anak masing-masing dan tidak sepatutnya menghukum karya-karya seni yang dihasilkan produksi tempatan.
Ini kerana menurutnya, cerita-cerita bergenre sedemikian turut banyak dipaparkan menerusi filem serta drama terbitan luar negara yang banyak dimainkan menerusi aplikasi penstriman lain yang semakin popular kini.
“Hendak kata cerita gengster kita boleh beri pengaruh tidak baik pada anak-anak, ibu bapa kena mainkan peranan. Ini bukan soal cerita kita tidak baik, tetapi pemantauan ibu bapa terhadap bahan kandungan yang ditonton.
“Kadang-kadang pandangan masyarakat kita ini ada kalanya kelakar. Kalau drama atau filem gengster tempatan disiarkan di kaca televisyen, kononnya boleh menggalakkan budaya tidak sihat dan jenayah.
“Tetapi bagaimana pula dengan karya luar yang mereka tonton di saluran lain? Sekarang ini, dengan adanya platform penstriman, semua orang boleh ada akses untuk tengok genre pilihan mereka.
“Anak-anak sekarang semua ada akses internet. Untuk tengok apa sahaja, mereka boleh google dan buat carian, sama ada yang baik atau tidak elok.
“Ibu bapa kena ambil tahu bab ini dan periksa apa yang ditonton anak-anak,” kata Aaron.
Bukan sekadar bercakap kosong, aktor kelahiran Singapura itu berkata, dia dan isteri, Datin Diyana Halik sentiasa memantau segala aktiviti tiga anak mereka menerusi telefon pintar masing-masing.
“Saya dan isteri buat perkara sama terhadap anak-anak. Tidak cuma di kaca televisyen, penggunaan media sosial juga boleh membawa unsur negatif, contohnya buli siber.
“Tidak cuma golongan remaja atau anak-anak, buli siber juga berlaku dalam kalangan orang dewasa. Jadi, didik anak-anak untuk elak melakukan hal begitu dari awal,” katanya lagi.
Aaron berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak mengatakan lambakan naskhah memaparkan aksi ganas dan gengster menjadi punca berlakunya perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu cukup dikenali menerusi watak gengster bernama Malek dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.
Terbaharu, Aaron sekali lagi terlibat dalam filem arahan Syamsul berjudul Original Gangster yang kini masih dalam proses penggambaran.
Selain itu, Aaron turut tidak menolak pelawaan rakan artis, Soffi Jikan bagi membantu memasarkan produk minyak enjin Desupe yang diusahakan pelakon itu.
“Secara asasnya saya tolong bantu promosi produk kawan-kawan yang dah lama kenal. Masing-masing cari peluang membina bisnes.
“Tak kira apa-apa, kalau saya boleh tolong, saya tolong. Yang penting, kita buat kerja dengan ikhlas,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Sufian Suhaimi memaklumkan lagu Budi hasil kolaborasi bersama penyanyi rap, Luca Sickta dan Kmy Kmo tidak akan bersaing di pentas separuh akhir muzik-muzik 38 (SFMM38) petang ini.
Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh Sufian menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
“Assalamualaikum! Berat hati saya ingin memaklumkan lagu Budi tak akan bertanding di semi final Muzik Muzik kali ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Sufian tidak menjelaskan punca sebenar lagu tersebut tidak akan dipertandingkan.
Pada masa sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagi Di Matamu itu merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mengundi dan menunjukkan sokongan terhadap lagu Budi.
“Terima kasih buat semua yang mengundi dan memberikan sokongan
buat lagu Budi.
“Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan rakan yang bertanding.
Sementara itu, Luca Sickta pula akur dengan keputusan tersebut dan menyifatkan bukan rezeki mereka untuk bertanding di pentas berprestij itu.
“Kami hargai peminat lagu Budi. Malangnya, kami tak boleh teruskan ke pentas itu atas sebab tertentu.
“Mungkin rezeki di pentas yang lain,” tulisnya di Instagram Stories.
Sekadar informasi, Budi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya daripada Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sufian Suhaimi & Luca Sickta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey berkongsi sepotong video sembilan tahun lalu yang menyaksikan dia membuat persembahan dikir barat.
Akui anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu, dia merindui zaman kegemilanggannya ketika beraksi di petas Dikir Barat Kebangsaan pada tahun 2010.
“Rindu nok dikir. Ni tahun 2010. Kami juara Dikir Barat kebangsaan anjuran @rtm_malaysia . Masa ni saya hujung hujung degree.
“Igt lagi, masa final dikir ni, Uitm tengah musim exam. Siang exam. Malam practice dikir. Pastu nak study lagi. Tapi alhamdulillah. Habis belajar dan menang Pertandingan.
“Tapi tu dulu. Sekarang, parang sudah tumpul,” tulisnya yang memegang tanggungjawab sebagai tukang karut.