“30 Tahun Duduk Malaysia Tak Pernah Tahu Johor Ada Pulau Cantik Macam Ni,” – Ramona Zam Zam

Share

Pelakon jelita, Ramona Zam Zam mengakui berasa kagum apabila Malaysia ternyata memiliki pulau dan tempat percutian yang sangat cantik.

Menerusi perkongsian di Instagram, finalis Dewi Remaja 2010 itu ada berkongsi momen ketika sedang bercuti di sebuah pulau yang terletak di negeri Johor.

Dalam pada itu, Ramona turut meluahkan rasa gembira kerana sempat isi masa bersama keluarga sebelum perlaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

“30 tahun duduk Malaysia tak pernah tau Johor ada pulau2 cantik mcm ni.

“So happy i managed to go for a quick vacation bersama family, sempat balik 1 day before PKPB 2.0 bermula so now duduk rumah diam2 .

“Banyak sgt pulau yg kitorang pegi, don’t ask me, Ramona dah lupa semua nama pulau2 tu but you can check with @pridestour kalau nak holiday kat sana,” tulisnya.

Untuk rekod, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zam Zam telah mendirikan rumah tangga bersama Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ivanna Alashkar, 3 tahun.

Video: Instagram Ramona Zam Zam

Published by
Nazar Rafiqhi