“317 Kanak-Kanak Termasuk 22 Bayi Positif Covid-19,” – KKM Lahirkan Kebimbangan Jangkitan Terhadap Kanak-Kanak Ketika Aidilfitri, Iesya Toh Kongsi Info

Share

Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan jangkitan wabak Covid-19 terhadap kanak-kanak di Malaysia yang sehingga kini mencecah angka 317 kes termasuk 22 bayi.

Menurut info, Selangor mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 48 kes.

“Bagi ibubapa yg mempunyai anak kecil & baby, pls read this!

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dijangkiti Covid-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.

“317 kanak-kanak termasuk 22 bayi positif Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga hari ini.

“Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26),” kongsinya menyampaikan informasi.

Menurut sumber, terdapat satu kematian dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes.

Malah, terdapat 17 kes baharu yang dilaporkan dengan lima kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.

Foto : Instagram Iesya Toh

Published by
Noraini Abd Wahab