Hos dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada berkongsi momen ketika menghadiri Anugerah Skrin 2019 di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu turut menukilkan kapsyen yang mengundang perhatian peminat.
Antara lain, bintang berkenaan mencetuskan menjadi tanda tanya apabila memberi bayangan seakan-akan mahu mengundurkan diri dari industri hiburan.
“34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri.
“Mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa.
“Cukup setakat ni.. Alhamdulilah..Outfit @melindalooi Makeup @naomilarra #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa sedih jika Sheila membuat keputusan untuk tidak lagi berkarya.
Terdahulu, Anugerah Skrin 2019 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat yang menyaksikan drama Kamar Kamariah diangkat sebagai drama rantaian terbaik tahun ini.
Foto: Instagram Sheila Rusly