“35 Tahun Hidup, Baru Tahu Apa Itu Rindu,” – Ulang Tahun Arwah Ibu, Fazreen Rafi Kenang Insan Yang Telah Pergi…

Share

Pelakon Fazreen Rafi ada meluahkan rasa sayu terhadap arwah ibunya, Sutinah Sahari yang telah meninggal dunia Mei lalu.

Kongsi Fazreen, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ibunya.

Selepas ketiadaan arwah ibunya hampir 5 bulan, Fazreen mengakui amat merindui kenangan bersama ibunya.

“Happy birthday mama.. 35tahun hidup nie baru faz tahu apa itu rindu.. rindu nk borak2 tp dia x ada, rindu nk dgr suara tp dia x ada,

“rindu nk jumpa tp dia x ada, rindu nk dia masak tp dia x ada, rindu nk bwk dia pergi jalan tp dia x ada, rindu nk pergi memancing tp dia x ada,

“rindu awal pagi dia ada kt kantin tp dia x ada, rindu nk celebrate birthday tp dia x ada.. i miss everything bout u mama luv u so much (al-fatihah),” tulisnya.

Foto: Instagram Fazreen Rafi

Published by
Nazar Rafiqhi