Penyampai radio dan pengacara, Haziq Hussni memuat naik foto lapan tahun lalu bersama kekasihnya (kini bergelar isteri), Ayunda Putri.
Kongsinya, mereka mempunyai nama panggilan tersendiri ketika diawal peringkat perkenalan, pertunangan dan sehingga gelaran manja suami isteri.
“12/1/2012-12/1/2020-forever
Mula kenal 12/1/2012 dulu panggil saya-awak jee. Tapi slang jakarta Putri kuat masa tu. Ada la jugak guna aku-kamu. Rasanya takpenah panggil kau kau.
“Tah cane tah lama-lama tu tukar panggil pakai nama Haziq-Putri.
“Lama gak kitorang panggil pkai nama sebab kitorang kawan lama kann. Bila dah start rasa cam suka & sayang. Auto rasa eh. Takdenya declare2 ‘kita couple jomm’. Sedar sendiri je.
“Start la kami pakai gelaran geli sikittt hby-bby. Masa tunang dah matang sikit panggil habi-ibi. Walaupun takde la matang mana. Pernah laa nak try pakai i-you tp cam takleh.
“Cam awkward. So, sampai skrg 12/1/2020 kami pakai gelaran yg sama habi-ibi,” tulisnya.
Dalam pada itu, Haziq,30, meluahkan rasa gembira kerana pertemuan dengan wanita Medan, Indonesia yang hanya sebagai seorang kawan kini menjadi ibu kepada anak-anaknnya.
“Sampai anak2 pun dok panggil aku habi habi. Penat aku ajar panggil daddy. Mama korang pandai panggil plak! Jadinya harini genap 8 tahun kitorang kenal. Bukan anniversary kahwin tauu. Ni kira friendversary laaa.
“Love you sayang @ayundaputrii. Korang yg couple, tunang, dah kahwin tu panggil pasangan korang apa?
Dalam perkembangan lain, Haziq bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung Februari depan.
Haziq turut begandingan bersama Sherry Alhadad dan Awal Ashaari.
Foto : Instagram Haziq