
Trailer rasmi pertama sequel filem Train To Busan, Peninsula sudah pun dilancarkan.
Rata-ratanya tidak sabar dan teruja untuk menantikan kejutan dan debaran menerusi filem ini yang khabarnya dibawa dalam skala penceritaan yang lebih besar!
Filem arahan Yeon Sang Ho ini dibarisi pelakon seperti Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan.
Ia mengisahkan Jung Suk, lakonan Kang Dong Won yang menentang keganasan zombi bersama-sama Min Jung, lakonan Lee Jung Hyun selepas memasuki kawasan tinggal yang dihuni zombi sejurus dijangkiti wabak.
Secara ringkasnya juga, Peninsula bakal membawa penonton kepada latar belakang waktu empat tahun selepas tragedi Train To Busan berlaku.
Mengikut perancangan, filem ini bakal ditayangkan pada musim panas depan, tetapi semuanya pasti bergantung kepada situasi terkini dunia.
Sumber: Kakimuvee, AllKpop
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ambil Keputusan Untuk Tidak Mahu Menerangkan Apa-Apa,” – Ini Ulas Elyana, Mengapa ‘Freehair’ Semula

Penyanyi Elyana memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa mengenai keputusannya yang tidak lagi mengenakan tudung, sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.
Penyanyi lagu Kalis Rindu itu sebaliknya berkata, selagi dia menjelaskan hal berkenaan, selagi itulah banyak cerita-cerita yang kurang enak akan timbul.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itulah macam-macam cerita yang saya rasa tak masuk akal akan timbul.
“Demi menjaga tatatusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya… nama baik jangan cerita, nama baik dah lama jadi tak baik… Demi menjaga jiwa sebenarnya, saya ambil keputusan untuk tidak mahu menerangkan apa-apa, kepada mereka yang tidak mahu langsung memahami (saya yang) sebenarnya,” katanya.
Elyana menambah, dia tidak mengalami rasa penyesalan memandangkan setiap yang berlaku adalah satu satu proses pembelajaran.
“Dalam hidup saya tak pernah ada penyesalan. Sebab ini adalah proses kehidupan. Cumanya apa yang boleh saya cakap setiap hari, saya impikan kehidupan yang baik, untuk jiwa yang baik.
“Dulu saya amat pentingkan jiwa orang, hati orang. Saya lupa diri saya. Now saya akan buat apa yang saya rasa terfikir nak buat. Dan baik buruknya, insya-Allah saya sendiri akan tanggung.
“Dan inilah saya, jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah jika tak boleh terima saya, saya tak boleh buat apa,” katanya lagi ketika ditemui pada program Pameran Semarak Uniti Keluarga Malaysia @ MAHA 2022.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Elyana memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.
Elyana bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah dia membuka tudung, selain menutup ruangan komen di platform berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menangis Gelang Anak Harga RM7,000 Hilang…,” – Puteri Sarah Kongsi Kisah, Teruja Pertama Kali Catwalk Dengan Sumayyah Pakai Barang Kemas RM150,000

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana teruja apabila dia muncul sebagai antara model yang melewati pentas peragaan bersama anak perempuannya, Sumayyah buat pertama kali.
Tampil sedondon mengenakan persalinan merah jambu fuschia, keduanya tampil mempersona dengan koleksi Lady Bug dan LOM daripada Trishya & Co bernilai RM150,000.
Menurut Puteri Sarah, dia sememangnya penggemar barangan kemas dan mula mengumpulnya sejak mula melangkah ke alam pekerjaan.
“Saya memang suka emas dan ia salah satu pelaburan yang buat sejak remaja lagi. Namun begitu saya lebih tertarik pada rekaan yang moden yang boleh disuai padan dan rekaan Trishya & Co ini terutamanya LOM sangat menepati cita rasa saya.
“Saya juga buat pelaburan emas untuk Sumayyah kerana harga emas sentiasa meningkat, mungkin apabila Sumayyah sudah besar nanti harga emas waktu itu sangat mahal.
“Jenama Trishya & Co ini boleh pergi jauh dan saya berharap ia menjadi viral sebagaimana koleksi barangan kemas yang saya pernah pakai sebelum ini sehingga diberi jolokan emas PSL,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui Majlis Pelancaran Trishya & Co Opulent di TDOX Clinic at EQ, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah yang diingati apabila bercerita mengenai emas, ibu kepada dua cahaya mata ini akui gelang lipan yang dipakai pernah Sumayyah hilang.
“Gelang lipan dipakai Sumayyah hilang, menangis saya. Kumpul duit dan bila sudah ada rezeki beli baru balik. Saya pun tak pasti bagaimana ia boleh hilang, cuma ketika itu Hari Raya.
“Harga gelang bentuk itu untuk budak sekitar RM7,000 ke RM8,000. Lepas tiga hari baru sedar hilang. Iyalah sebelum ini kita ingat ia akan ada sahaja dekat tangan dia. Bila tersedar dan tanya, Sumayyah pun tak tahu.
“Saya anggap tak ada rezeki. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah. Pakai barang kemas bila perlu sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali, 56, berkata, pihaknya amat teruja dan sudah bersedia berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama ini di peringkat antabarangsa.
“Kami di Trishya & Co amat berbesar hati menerima undangan ini yang diperkenalkan oleh sahabat saya juga merupakan peminat LOM. Kami berharap penyertaan ke pameran fesyen terbesar di London itu nanti dapat mengangkat jenama lokal setaraf produk antarabangsa.
“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.
Pengasas Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah, 18, pula menambah, dia terinspirasi dengan sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms, yang mana setiap cawangannya di seluruh dunia menampilkan rekaan sinonim dengan imej sesebuah negara.
“Setiap kali melancong, saya lebih tertarik membeli aksesori wanita seperti gelang, loket, cincin, rantai dan anting-anting, kebiasaannya akan singgah membeli charms di butik barangan kemas terkenal sebagai ole-ole untuk diri sendiri. Cuma kebanyakan koleksi charms dibutik berkenaan diperbuat daripada perak dan emas putih.
“Jadi saya terfikir, kenapa tidak Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916 yang semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Disinilah bermulanya idea menghasilkan koleksi Links of Malaysia atau LOM.
“Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas. Pada masa yang sama, saya mahu educate remaja melakukan pelaburan emas, daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan,” katanya.
Ujarnya lagi, pelan simpanan emas secara bijak ditawarkan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan, kemudian pembeli boleh menuntut koleksi emas yang ditempah di Trishya & Co.
Bagi yang berminat memiliki barangan kemas jenama ini, boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau berkunjung ke dua cawangannya di Johor Bahru dan Taman Sri Rampai Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Member Yang Baik, Penceria Suasana,” – PU Azman Sertai Suria FM Tahun Sama Dengan Issey, Cerita Suasana Di Konti

Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman turut sama sedih dengan berita pengunduran Issey Fazlisham selaku penyampai di stesen radio Suria FM, baru-baru ini.
Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, Issey disifatkan sebagai seorang penyampai yang bijak menyusun kata-kata malah jenakanya juga berjaya mencuit hati ramai pihak.
“Cik Man join SURIA FM sama tahun dengan Issey. Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun berlalu.
“Issey ialah seorang yang cantik menyusun kata-katanya untuk memberi sesuatu info sehingga aku berusaha menjadi pendengar yang baik dan fokus, tapi akhirnya menjadi fake hope dengan letusan ketawa sebab punchlinenya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Petaka itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Cik Man turut mendedahkan Issey sebagai sahabat yang baik yang selalu menjadi penyeri di dalam setiap suasana.
“Dia ialah seorang member yang baik. Dia ialah seorang penceria suasana. Selamat jalan @isseyfazlisham.
“Moga issey tenang di ALAM sana. Maksud cik man, puncak ALAM. Daerah dia tinggal sekarang,” selorohnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Issey buat apa jua bidang yang diceburinya selepas ini.
“Selamat maju jaya Issey.
“Cik Man punya caption ni buat orang risau je.
“Semoga Allah permudahkan urusan Issey dan Cik Man.
“Caption Cik Man another level betul,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Cik Man merupakan panel bagi slot PU Azman Nak Cakap yang ke udara setiap pagi menerusi segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan oleh Fizi Ali, Ajak Shiro dan Issey Fazlisham.
Sementara itu, Issey telah meninggalkan konti Suria FM selepas hampir tiga tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI