“4 Tahun Selepas Tragedi Train To Busan,” – Trailer Sequel, Peninsula Sudah Dilancarkan, ‘Zombie’ Sekali Lagi Akan Buat Anda Tak Senang Duduk!

Share

Trailer rasmi pertama sequel filem Train To Busan, Peninsula sudah pun dilancarkan.

Rata-ratanya tidak sabar dan teruja untuk menantikan kejutan dan debaran menerusi filem ini yang khabarnya dibawa dalam skala penceritaan yang lebih besar!

Filem arahan Yeon Sang Ho ini dibarisi pelakon seperti Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan.

Ia mengisahkan Jung Suk, lakonan Kang Dong Won yang menentang keganasan zombi bersama-sama Min Jung, lakonan Lee Jung Hyun selepas memasuki kawasan tinggal yang dihuni zombi sejurus dijangkiti wabak.

Secara ringkasnya juga, Peninsula bakal membawa penonton kepada latar belakang waktu empat tahun selepas tragedi Train To Busan berlaku.

Mengikut perancangan, filem ini bakal ditayangkan pada musim panas depan, tetapi semuanya pasti bergantung kepada situasi terkini dunia. 

Sumber: Kakimuvee, AllKpop

Published by
MH