“40 Tahun Saja Allah Pinjamkan Along…,” – Eida Moin

Share

Lewat malam tadi, pelakon Eida Moin ada berkongsi entri syahdu berkenaan kakaknya,   Siti Julaiha Abd. Moin yang telah pun pergi mengadap Illahi pada 8 Julai tahun lalu.

Kongsinya, pada tarikh 6 April setiap tahun, pasti akan berpusu-pusu ucapan selamat hari jadi buat arwah.

Bagaimanapun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.

“Salam, hari ini masuk 6 april 2019,selalunya waktu begini berpusu2 ucapan selamat ulang thn buat along dr adik beradik, ipar duai dan ank2 buahnya di dlm whatspp group HARU BIRU FAMILYKU..tp kali ini, kami semua tahu ucapan kami semua tidak akan ada balasan drnya.

“Kalau ada hayatnya genaplah umor arwah along 41 thn.. Tp Allah lebih menyayangimu long.. 40 thn shj Allah pinjamkan along sebagai kakak kepadaku dan adik2nya.. Memang benarlah kata pujangga.. KEHILANGAN yg tiada penghujung lebih menyakitkan.

“Semoga along bergembira di alam sana sementara menunggu ketibaan keluargamu yg amat menyayangi mu long.. Alfatihah buatmu Allahyarhamah Siti Julaiha Binti Abd Moin 6 april 1978/ 8 july 2018,” tulisnya panjang lebar.

Seiring dengan perkongsian tersebut, rata-ratanya turut mengucapkan takziah dan sedekahkan al-fatihah buat arwah.

Foto: Instagram Eida Moin

Published by
Rafiq Mazlan