Penyanyi Elyana berkongsi sekeping foto bersama sebiji kek di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.
Menerusi ruangan kaspyen, bintang yang sinonim menerusi lagu Kalis Rindu ini memanjatkan doa kesejahteraan diri dan keluarga tersayang.
“5 july 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun.
“Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin,” tulis Elyana.
Serentak dengan perkongsian tersebut, warganet turut sama menitipkan ucapan selamat hari lahir serta menzahirkan ucapan yang baik-baik buatnya.
“Happy birthday, semoga diberi kesihatan yang baik, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” ucapan dari Datin Shahida buat Elyana.
“Happy birthday kak el, semoga cepat sembuh,” doa seorang peminat.
“Happy birthday kak El. Semoga sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNya,” tulis seorang lagi peminat.
“Happy birthday kak El sayang. Happy good day okay,” reaksi seorang peminat lain.
“Happy birthday yo you sis. May Allah bless you semoga sihat selalu amin,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, Elyana sudah menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, dia hanya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017 lalu.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!