Bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Rocketfuel Records mempersembahkan barisan artis mereka iaitu Hael Husaini, Masya Masyitah, Lil J, Abigail dan Dayang Nurfaizah sebagai penampilan istimewa dalam satu projek istimewa.
Mereka tampil dalam sebuah single sempena merdeka bertemakan norma baharu Sing From Home berjudul Kita Teguh Bersama ciptaan komposer terkenal iaitu saudara Amy Bong.
Atas kerjasama ini, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah meluahkan keterujaan mereka kerana sekali lagi dapat berkolaborasi lagi dalam sebuah lagu.
“Walaupun kami sering bekerjasama, namun masih terdapat cabaran bagi menyiapkan projek ini seperti proses rakaman vokal dan video dari rumah dengan kualiti rakaman yang berbeza tetapi dengan bantuan daripada team Rocketfuel, Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar”, kata Hael.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah turut mengucapkan terima kasih atas jemputan pihak Rocketfuel dalam projek istimewa merdeka ini.
Bagi Juara Yippie Start Quest 2020, Masya Masyitah pula, dia teruja apabila syarikat rakaman memaklumkan tentang projek tersebut.
Ads
“Bagi saya, ia agak berbeza seperti sebelumnya, projek ini harus disiapkan dengan norma baharu. Segalanya dilaksanakan di rumah sendiri namun ia bukanlah halangan untuk memberikan yang terbaik,” katanya.
Artis rap muda asal Subang Jaya, Lil J, juga akui projek kali ini ada kelainannya tersendiri kerana lari dari kebiasaan sekain diberi peluang untuk menyanyikannya dalam Bahasa Melayu dan Tamil.
“Saya mengambil masa hanya sehari untuk menyempurnakan bahagian saya kerana kami semua difahamkan mempunyai masa yang singkat bagi projek ini.
Ads
“Namun, ia bukanlah alasan buat saya lakukan secara ala kadar, saya juga harus menjaga kualiti dan memberikan yang terbaik. Tambahan pula, barisan artis yang terlibat dalam projek ini pun bukanlah biasa-biasa,” katanya.
Pendatang baharu, Abigail tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya menerusi Kita Teguh Bersama.
“Saya bangga dapat menjayakan projek ini bersama dengan artis-artis berpengalaman yang lain, dan saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Rocketfuel kerana terus memberi kepercayaan.
Ads
“Walau saya masih baru dalam industri muzik, terima kasih buat rakan artis yang lain kerana tidak jemu memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada saya,” katanya.
Boleh dikatakan, kesemua artis yang terlibat dalam projek ini berharap lagu Kita Teguh Bersama, dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia dalam menghadapi apa jua yang mendatang.
Juga, semoga semuanya terus bersemangat dalam menyambut Hari Kemerdekaan tanah air tercinta yang ke-64. Ukhwah yang terjalin sekian lama dan dikecapi melalui kemerdekaan hendaklah terus dipupuk sebaiknya meski situasi pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Kita Teguh Bersama boleh boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian manakala lirik videonya pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zalif Sidek menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, memohon doa daripada peminat agar urusan isterinya, Anis Marzuki, 25, melahirkan anak sulung mereka berjalan lancar.
Menerusi foto yang dikongsikan Zalif, 37, isterinya ditempatkan di Wad Bersalin Pusat Perubatan Pakar IIUM, Kuantan, Pahang.
“Assalamuailakum semua, mohon dooakan isteri saya nak bersalin ya.
“Moga semuanya dipermudah dan berjalan lancar. Amin.
“Semangat sayang, Bismillah, Anis Marzuki, love you so much my wife,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...