Penyanyi, Nomad menyifatkan single terbarunya yang berjudul Tanda Setia merupakan titik tolak baginya untuk kembali bertapak dalam industri seni selepas hampir lima tahun menyepi.

Menurut Nomad, lagu ini merupakan buah tangannya bagi mengubati kerinduan peminat yang selama ini menanti-nantikan karya terbarunya selepas kali terakhir muncul menerusi lagu Tetap Menantimu.

“Sepanjang lima tahun saya menyepi, macam-macam yang saya dah buat. Rasa rindu untuk menyanyi semula tu sangat-sangat kuat. Rasa rindu tu yang jadi penguat semangat untuk saya bertapak semula dalam industri.

“Kebetulan pula dengan adanya program Gegar Vaganza, saya bermula dengan kosong semula di situ. Saya bina semula keyakinan dan seni persembahan,” katanya.

Ads

Nomad yang juga merupakan peserta program Gegar Vaganza musim ke-7 ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu Tetap Setia di Indigital Music, Damansara Perdana pada Rabu.

“5 Tahun Menyepi, Macam-Macam Saya Dah Buat,” – 3 Tahun Peram Lagu, Nomad Mahu Buktikan Kemampuan Kepada Pengkritik

Tambah Nomad lagi, lagu ini sebenarnya telah dirakam sejak tiga tahun lalu dan telah pun menjalani proses akhir di sebuah studio di Amerika Syarikat.

Ads

“Lagu ini saya dah rekod sejak tiga tahun lepas. Kemudian saya mix dan mastering semula pada bulan lepas dan terus dihantar ke studio di Nashville, Amerika Syarikat untuk proses rakaman akhir,” kongsinya lagi.

Langsung ditanya mengenai harapannya berhubung lagu ini, Nomad menjelaskan dia hanya mahu buktikan kepada orang-orang di luar sana yang selama ini meragui kebolehan nyanyiannya.

Ads

“Kalau orang lain mesti dia letakkan harapan yang tinggi tapi saya hanya mahu buktikan kepada orang-orangyang dulu kata saya tak boleh menyanyi live.

“Itu adalah salah satu sebab saya kembali dalam industri seni. Alhamdulillah, bermula dengan GV menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru,” akhirinya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI