Terkini di Instagram Cik Epal, suaminya yang dikenali sebagai Jofliam dilihat memberi reaksi terhadap kisah sensasi yang terpalit kepada mereka, sejak minggu lalu.
Ulasnya, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan segala apa yang dilakukan mereka.
Malah dia turut menyelit perihal kereta RM500,000 yang dibeli secara tunai.
“Saya rasa ramai yang nak menyedapkan hati diri sendiri ni. Saya tak buat apa pun. Ni pun dah penat bercuti. Apa yang kitorang buat ni?
“Tak kan kita shopping Balenciaga pun nak sakit hati. Kitorang bukan ada kereta cash RM500k dua tiga biji.
“Shopping pun baju Balenciaga je. Apa yang kamu mahu ni?” sambil diselangi lagu tema Doraemon dengan tulisan Ang Ang Ang.
Malah, dia turut menyelitkan beberapa luahan di Insta Stories rentetan daripada kes ini.
Video ini mendapat reaksi penyokong Instafamous ini yang mendakwa video ini ditujukan kepada seorang pengarah terkenal.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai kesahihannya.
Foto : Instagram Cik Epal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI