Memuat naik statistik jumlah kematian pada tahun 2020, jelas pelawak, Harith Iskander, meski penularan wabak COVID-19 serius sehingga membabitkan hampir 3000 kematian setakat ini, namun isu lain harus diberi perhatian.
Dia turut menasihati agar sentiasa menjaga kebersihan dalam setiap yang dilakukan.
Menerusi statistik yang dikongsikan, pengguguran bayi mencatatkan bilangan kematian paling tinggi setakat ini dengan jumlah lebih 6 juta kes.
Manakala kanser mencatatkan 1.2 juta bilangan kematian.
“Yes Covid-19 is serious. But so are a lot of other issues. We need to have perspective, people!
“Maintaining good hygiene should be an everytime all the time practice. Go to worldometer.info for more numbers.
#covid19,” kongsinya.
Perkongsian itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Ada juga yang beranggapan COVID-19 tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia mudah berjangkit dan menyebabkan kematian.
Apapun, masing-masing berhak untuk memberikan pandangan dan setiap isu global yang berlaku sememangnya tidak boleh dipandang remeh.
Foto : Instagram Harith Iskander