Menutup tirai tahun 2022, Google telah mengeluarkan pelbagai senarai yang paling banyak dicari pengguna Internet untuk tahun ini.
Ini termasuklah bagi kategori selebriti Kpop yang paling dicari peminat dari seluruh dunia.
Tidak mengejutkan apabila enam orang ahli kumpulan BTS tersenarai dalam carta tersebut melihatkan kepada populariti mereka yang kini merupakan global superstars selain mempunyai jaringan peminat yang cukup ramai dari seluruh dunia.
V atau Kim Tae Hyung, 27, mengungguli carta di tempat pertama manakala ahli kumpulan termuda BTS, Jungkook, 25, di tangga kedua.
Jimin berada di tempat ketiga manakala anggota kumpulan Blackpink, Lisa, Jennie dan Jisoo, masing-masing tersenarai di kedudukan keempat, kelima dan ke-10.
Manakala tiga lagi ahli kumpulan BTS iaitu Suga di kedudukan keenam, Jin (8) dan RM (9).
Berjaya terselit di tengah-tengah senarai itu adalah penyanyi IU yang berada di kedudukan ketujuh carta.
Top 10 Artis Kpop Yang Paling Banyak Dicari 2022
1. V BTS
2. Jungkook BTS
3. Jimin BTS
4. Lisa Blackpink
5. Jennie Blackpink
6. Suga BTS
7. IU
8. Jin BTS
9. RM BTS
10. Jisoo Blackpink
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keluar Dari Perkahwinan Sehelai Sepinggang Tanpa Menuntut Apa-Apa Nafkah…,” – Betty Banafe Harap Kedamaian Hati & Reda Allah SWT
Pelakon Betty Banafe ada berkongsi cerita yang dihadapi dirinya selepas bergelar ibu tunggal sejak Julai tahun lalu.
Betty atau nama sebenarnya, Ibtisam Betty Banafe memberitahu, dia tidak menuntut apa-apa nafkah muta’ah daripada bekas suaminya, Bruce Dargus.
Malah, proses bagi mendapatkan hak penjagaan di mahkamah juga belun selesai.
“Dalam hari hari kita melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak di selangi pulak dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada.
“Aku redha ya Allah atas apa pun yang kau tentukan.
“Aku manusia biasa yang serba kekurangan mengharapkan kekuatan kesabaran dan bimbingan dari yang ESA. Kau tahu apa yang terbaik untuk waris waris syurga ku.
“Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa apa nafkah mutaah dan lainnya.
“Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah,” tulisnya.
Betty bagaimanapun turut bersyukur atas ujian yang menimpa yang sekali gus menjadikannya insan yang lebih kuat.
“Bagi yang di luar, PENGHASUT atau yang suka memanaskan manusia lain untuk terus bermusuh, tu.. Bila nak berhenti? Tak akan faham perjalanan hidup orang lain hari hari.
“Hidup dengan anak anak yang di bawah umur 6 tahun, dua dua bersekolah, bekerja sendiri sepenuh masa, lagi lagi dalam waktu pendamic wabak corona, anak sakit, hospital, tuition, hidup sendirian di ibu kota besar, jauh dari keluarga, Anak bebas berhubung melalui telefon, video pada bila bila masa kecuali hari sekolah dan waktu tidur.
“Tiada had untuk bertemu anak atas belas kasihan yang di pinta oleh Allah walaupun wang nafkah anak yang aku tak persoalan bulan bulan hingga mahkamah selesai.
“Sabar sabar sabar… Itu yang aku ingatkan pada diriku.. Aku hadapi hidup ini dengan SENYUMAN .. KERANA REZEKI ALLAH TAK PERNAH SALAH ALAMAT.
“Apa lagi kebaikan yang kurang aku berikan….? Aku doakan agar mereka di luar sana terus mendapat TAUFIK serta HIDAYAH NYA yang maha esa. Amin ya Rab.
“Aku tidak mengeluh malah aku bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus. Alhamdulillah.
“Aku maafkan kamu yang merasa panas melihat aku yang terus ingin maju. Aku bersyukur pada Allah di kelilingi keluarga adik beradik dan sahabat sahabat yang baik hati serta yang mendapat rahmat Mu ya Rab.
“AKU YANG SEKARANG BUKAN AKU YANG DULU. MANUSIA BERUBAH. insyaallah. Moga iman kita dipelihara oleh Allah. Amin,” tulisnya panjang lebar.
https://www.instagram.com/bettybanafee/?hl=en
Betty sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan bercerai 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 7, dan Bruce Dean Dargus, 5.
Foto: Instagram Betty Banafe
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun
Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak berkongsi rutin terbarunya kini dengan mengusahakan perniagaan air minuman di Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Bintang berusia 32 tahun tidak kisah bersengkang mata, demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasakan.
Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian meski keuntungan diperoleh tidak banyak.
“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.
“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.
“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.
“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.
“Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun.
“Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya lagi.
Sementara itu Amir menambah, seperti kebanyakan awam lain, dia juga turut terkesan dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala.
“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.
“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.
“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pelajarnya Datang Dari Segenap Benua, Bermacam Usia,” – Alhamdulillah! Anak Sulung Norman Hakim Berjaya Bimbing Pelajar Pertama Khatam Quran
Pelakon, Norman Hakim menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulungnya, Danish Hakim yang telah pun berjaya membimbing pelajar pertamanya untuk khatam Al-Quran.
Jelas Norman, kelas mengaji secara atas talian itu telah pun dimulakan oleh anaknya sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi sebagai salah satu inisiatifnya untuk terus komited menghafaz Al-Quran.
“Thank you ALLAH dan tahniah Abang @danishhakimofficial dengan izinNya dapat bimbing Adik Afif menjadi pelajar pertama dia untuk khatam Al-Quran.
“Tahniah jugak buat Adik Afif anakanda Puan @eidawahab berjaya khatam Al-Quran Alhamdulillah.
“Yup Abang @danishhakimofficial start mengajar ngaji secara online melalui platform @d_ngajiofficial bermula dari PKP 1.0. Ini antara ikhtiar untuk dia kekal hafazan Al-Qurannya dengan cara menurunkan ilmu kepada sahabat Al-Quran yang lain,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Norman turut memaklumkan, selain daripada pelajar tempatan, anaknya itu turut membimbing ramai pelajar daripada luar negara bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Dikesempatan itu, Norman turut menitipkan nasihat buat anaknya itu semoga terus komited dalam menyampai ilmu mengenai Al-Quran.
“Timing Danish mengajar ngaji online adalah dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
“Alhamdulillah selain dari dalam negara, kebanyakan studentsnya jugak datang dari segenap benua dan bermacam peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa
“Sesiapa yang mungkin berhasrat untuk ngaji online dengan Danish boleh klik link di bio @danishhakimofficial atau @d_ngajiofficial
“Terus istiqomah sayangku @danishhakimofficial . Sebaik-baik manusia adalah yang menyampai dan memberi manfaat kepada orang lain in shaa Allah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga anaknya itu terus istiqomah dalam melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah sepertinya.
Terdahulu, Norman berkahwin dengan pelakon, Abby Abadi pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kemudian, Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey Suhaiza yang juga pelakon ketika itu pada 24 September 2011.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI