Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu membuatkan ramai yang terkesan.

Bukan saja dari segi rutin sosial, malah ada hubungan di antara keluarga terpisah atas faktor kekangan pergerakan demi mengekang penularan COVID-19.

Lalu, satu klip video kejutan dari si anak buat ibu tersayang di sebuah gerai nasi lemak nyata mengundang sebak wargamaya.

Ia dimuatnaik di Instagram Friends of PDRM baru-baru ini.

Menerusi klip tersebut, seorang lelaki yang mengenakan topeng muka lengkap bertopi itu berlakon sebagai pembeli di gerai terbabit dan aksinya turut dirakam kenalan.

Ads

Selepas beberapa ketika, lelaki itu berkata ‘makcik,  ini anak makcik’, lalu si ibu yang awalnya kelihatan terkejut terus mengesat air mata sambil didakap anaknya.

Dua beranak ini kembali bertemu dan saling mengubat rindu selepas kira-kira 9 bulan tidak bersua muka.

Ads

Difahamkan, anggota polis terbabit terlebih dulu menjalani latihan dalam pusat latihan selama 6 bulan sebelum mematuhi PKP 3 bulan selepas itu.

“Sediakan tisu sebelum tekan Play. Admin pun menangis masa edit Video ni. Siapa potong bawang wei?

Ads

“6 bulan dalam Pusat Latihan, 3 bulan PKP, tak dapat jumpa Mak dan family. Sekali dia buat suprise datang gerai nasi Lemak Mak dia.

“Siapa yang belum dapat jumpa Mak Ayah lagi boleh la Video call sekarang. Hargai dan kasihilah selagi mereka ada,” tulis admin pada posting berdurasi lebih 2 minit itu lagi.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat lebih 21,000 tanda suka bersama lebih dengan dihujani komen pelbagai wargamaya.

Sumber: Friends of PDRM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI