6 Minggu Selepas Bersalin Anak Keempat, Siti Sairah Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 17Kg, Apa Rahsianya?

Share

Penyanyi dan usahawan, Siti Sairah Tarudin baru-baru ini ada berkongsi perbualannya bersama doktor saat melakukan pemeriksaan rutin terhadap anak bongsunya.

Perkongsian tersebut dikongsi adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menerusi Instagram, sehari lalu.

“Hari ni ibu chekup. Doktor @yuliarifuddin yang terperanjat berat badan turun.. ?
terima kasih @natalismothercare,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, doktor ada memaklumkan mengenai berat badan Sairah yang sudah pun susut dari 88 kilogram kepada 71 kilongram selepas enam minggu bersalin.

Lalu ia disambut dengan tawa dan lirikan senyum dari Sairah sambil doktor turut menyarankan agar dirinya turut melakukan senaman selain mengambil diet menu sihat seperti yang diberitahu Saerah.

Perkongsian tersebut juga turut memberi inspirasi kepada peminat selain turut mendoakan agar Sairah dan bayi yang baru dilahirkan Disember lalu sihat sentiasa.

Apapun, kepada bakal dan para ibu, jangan ketinggalan untuk mengikuti musim terbaru program Pa & Ma yang ada mengupas mengenai isu Stres Di Kalangan Kanak-Kanak pada jam 12.00 tengahari 29 Januari depan.

Setiap Selasa, di Astro Prima dan Prima HD. Pelbagai isu dan kupasan menarik melibatkan ibu bapa dan permata hati akan dikongsi. Jangan lupa tonton okay!

Foto: Instagram Siti Saerah

Published by
Rafiq Mazlan