Minggu pertama program realiti, Big Stage Alpha menyaksikan enam peserta telah tersingkir sekali gus gagal mara ke pusingan ‘Big 12’ pada malam Ahad.

Berlangsung dari Royal Theatre Shah Alam, peserta yang gagal menambat hati para juri ialah Suff Ahmad, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridzwan Azman.

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

Pada minggu pertama ini, kesemua 18 peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan hanya 12 peserta yang berpeluang untuk membuat persembahan secara solo.

Daniel Sheer Menyerlah

Peserta asal Johor, Daniel Sheer paling mencuri tumpuan apabila persembahan secara ‘mashup’ menerusi lagu ‘Beggin’ dan ‘Malam Pagi’ melayakkannya untuk menerima markah tertinggi sebanyak 82.25%.

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha 6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

Tempat kedua pula diraih peserta Brunei, Rizal Rashid yang memperoleh markah 71.40% sementara Araff dengan markah terkumpul sebanyak 71.25% dan berada di posisi ketiga.

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

Ads

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage AlphaBerikut senarai markah penuh para peserta Big Stage Alpha yang bakal meneruskan saingan di peringkat ‘Big 12’;

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

Nasihat Juri

Walau undian penonton belum dibuka, juri tetap Big Stage Alpha, juri tetapnya, Datuk Syafinaz Selamat memaklumkan keputusan pada malam ini bukan sahaja dinilai daripada sudut persembahan tetapi juga komitmen yang ditunjukkan para peserta sejak mereka dikumpulkan tiga minggu lalu.

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

“Pada akhirnya, kita ingin menubuhkan sebuah kumpulan. Sebuah kumpulan itu perlu bersatu. Kita tak boleh pilih ikut suka sahaja.

Ads

“Kita juga melihat daripada aspek penampilan keseluruhan, kekuatan dan kebolehan seperti vokal dan tarian. Vokal yang baik sahaja tidak mencukupi. Mereka perlu ada skill-skill lain.

“Setiap ahli perlu menyumbang sesuatu kepada kumpulan. Mereka tak boleh diam dan menunggu arahan sahaja. Jadi, kerjasama merupakan aspek paling penting,” katanya kepada MH.

Sementara itu, seorang lagi juri tetap, Edry KRU menasihatkan para peserta untuk bijak menentukan peranan masing-masing di dalam kumpulan supaya tidak terlihat caca merba.

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

“Setiap anggota perlu ada peranan masing-masing. Kita tidak perlukan enam penyanyi utama. Itu akan membuatkan pertembungan sesama sendiri.

Ads

“Kita kena tahu siapa yang hebat menyanyi, bercakap, boleh dibawa ke depan dan menarik minat penonton. Nak bina sebuah kumpulan yang dibarisi enam orang memang agak mencabar.

“Karakter ketika berkumpulan dan menyanyi solo juga berbeza. Mereka kena merancang sebaiknya. Perlu beri ruang untuk kelebihan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Big Stage Alpha buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.

Selain Syafinaz dan Edry, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi, Hael Husaini sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi Indonesia, Kris Dayanti menjadi juri jemputan untuk persembahan minggu pertama.

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer ‘Menyala’ Raih Markah Tertinggi 82.25 % Di Big Stage Alpha

Dihoskan oleh penyanyi Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104), Astro Go dan Sooka pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI