Pelakon, Farah Nadia Zainal Abidin atau Nad Zainal mendedahkan bahawa dia sentiasa mohon restu selain minta pandangan suami, Muhammad Faliq Amiruddin sebelum menerima setiap tawaran lakonan.
Ini kerana, Faliq akan sentiasa memberikan pendapat dan komen untuk setiap tawaran lakonan yang diterimanya sepanjang 6 tahun mereka mendirikan rumah tangga bersama.
Meski tidak terlibat secara menyeluruh dalam dunia lakonan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu Faliq bijak dalam menyuarakan pendapatnya.
“Jangan sibuk nak balik awal, hujung-hujung tak ada dapat apa. Kata beliau disaat kuajukan cerita mana patutku ambil.
“Kang I balik pukul 11 pm kang, jangan tiap 5 minit mesej bila nak balik eh. Jangan menyesal…buat kerana passion kan? baiklah!
Ads
“Apa sahaja offer saya dapat, inilah muka saya minta restu dulu, minta pandangan dia. Katanya line up power tak semestinya meletup kalau cerita so so dan the makingnya cincai.,” jelas Nad.
Dia berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram.
Dirai meriah, puluhan jambangan bunga diterima mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E Universiti (AeU), Sabtu, pada hari graduasinya.
Apresiasi itu dilakukan oleh komuniti usahawan Titan yang menghadiri majlis graduasi untuk memberi sokongan selain tanda terima kasih terhadap Azizan yang telah berjaya membimbing mereka membina empayar perniagaan jutaan ringgit.
“Saya takut hari ni bab inilah. Saya dah cakap dengan team saya kalau yang datang setiap seorang bawa bunga, kita dah boleh buka kedai bunga.
“Sangat luar biasa, saya amat berterima kasih kepada Titan kerana mengambil kesempatan meluangkan masa.
“Saya sangat bangga dan tersentuh kerana bukan hari-hari pun kita ada konvokesyen apatah lagi ini PhD yang pertama yang saya terima di Malaysia,” katanya.
Berbicara tentang ilmu, meski sudah melahirkan ramai usahawan berstatus jutawan, namun itu tidak bermakna dia sudah hebat dan tidak perlu lagi mengasah pengetahuan akademik.
Matlamat beliau adalah untuk mempersiap diri agar terus dapat memberi nilai dan panduan berkesan kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam serta luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” katanya selepas menerima ijazah kedoktoran itu sempena konvokesyen AeU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dr. Azizan yang bersyukur dengan pengiktirafan itu berkata, banyak rancangan mengembangkan dan membantu usahawan-usahawan kecil di Malaysia dan beliau berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan khususnya di luar bandar.
“Ada banyak perkara yang kerajaan lakukan yang saya rasa kita boleh bekerjasama untuk sokong. Contohnya usahawan desa di luar bandar, kita ada training understanding expertise, yang saya rasa kita boleh bantu ramai mereka di luar sana jika boleh bekerjasama dengan lebih baik bersama kerajaan,” katanya lagi.
Menjawab soalan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan empayar perniagaan beenilai jutaan ringgi, beliaupercaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmadbahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.
“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!
“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.
“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emakselama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.
Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.
“Doa emak saya power! Doanya untuk anak-anak sangat luar biasa. Ada perkara yang sayabrasa tak boleh dan minta emak berdoa, pasti Allah SWT permudahkan,” katanya.
Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezekidalam perniagaannya.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Malah beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan kecintaan dirinya untuk melihat transformasi kejayaan seseorang usahawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi perhatian wargamaya selepas dirinya menjadi mangsa kecaman di media sosial gara-gara sepotong video yang mendakwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli mencetuskan viral.
Video yang berdurasi kurang seminit itu mulai dikongsi selepas dimuat naik menerusi Twitter.
Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you 🤓 pic.twitter.com/n6Wj6Lv0Of
Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya.
Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli.
Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian netizen tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang menghina dan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar membabitkan penyampai radio untuk segmen Geng Pagi Hot iaitu Mark Adam dan Fizie yang bakal meninggalkan stesen radio Hot FM, mulai hari ini.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram, Fizie atau nama lengkapnya Mohamad Hafizie Roslan mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk mengumumkan berita ini kepada pendengar setelah hampir 9 tahun menjadi keluarga Hot FM.
“Assalamualaikum, apa khabar semua? Berat untuk saya katakan pada hari ini, Isnin, 19 Julai 2021 merupakan satu tarikh yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila kerana saya nak umumkan hari ini adalah hari terakhir berkeudara di Hot FM setelah hampir 9 tahun manabur bakti dekat sini,
“Terima kasih kepada semua sudi mendengarkan celoteh saya setiap hari. Kalau ada salah dan silap saya harap dimaafkan. Maklumlah, saya ni manusia biasa banyak benda yang saya silap buat dalam hidup ini. Maafkan saya.
“Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar kepada stesen yang amat saya kasihi dan sayangi iaitu Hot FM,” katanya.
Pada masa yang sama, rakan penyampai Mark Adam turut dilihat ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
“Selamat Tinggal @hotfm976 terima kasih banyak dengan peluang yang diberikan Kepada semua rakan2 saya di dalam kerjaya ni, terima kasih banyak dengan kerjasama dan ilmu yang di berikan.
“Teruskan mendengar HotFM guys banyak benda baik yang akan datang lepas ni!I wish everyone the best! Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.