Pelakon senior, Delimawati mendedahkan dirinya kini harus bijak merancang mengenai perbelanjaan kehidupan selepas hampir tujuh bulan tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.
Menurut Delimawati, dia kini lebih kerap duduk di rumah untuk berjimat cermat.
“Saya dah lama tak keluar rumah atau pergi ke mana-mana. Salah satu sebabnya saya sudah lama tiada tawaran berlakon. Hampir tujuh bulan juga.
“Sekarang ini, bila nak keluar, macam-macam nak kena fikir. Duit minyak dan tol lagi. Saya tak malu nak bercerita sebab ini perkara betul,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Restoran Ngam Ngam Neibourhood di Ioi City Mall 2 pada Rabu.
Ads
Jelasnya lagi, dia kini hanya mengharap ehsan anak bongsu dan menantu untuk meneruskan kehidupan.
“Saya kini hanya duduk dengan anak. Apa yang anak makan, itu juga yang saya makan. Kini kami hanya mengharapkan menantu sebab dia seorang sahaja yang bekerja.
“Anak-anak yang menjadi harapan saya pula sudah meninggal dunia. Rasa macam tiada harapan lagi. Kini tinggal yang bongsu sahaja bersama saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Delimawati turut merasakan tawaran berlakon semakin berkurang selepas pemergian pengarah tersohor, Mamat Khalid.
“Sejak arwah tiada, tawaran memang sedikit. Kalau arwah masih ada, ada juga filem-filem yang dia akan buat untuk menaikkan nama artis vateran supaya orang masih tahu kita aktif.
Ads
“Ketika ini, ramai yang ingat saya tak aktif. Peminat kerap tanya di Facebook. Saya masih aktif tapi tak diperlukan. Itu sumber rezeki kita tapi orang tak panggil.
“Mungkin sekarang ini, pelakon yang dahulu pegang watak anak, kini dah jadi mak. Tinggal apa lagi untuk kami? Jadi nenek atau hantu je ke?
“Mungkin mereka melihat kami ini tidak memerlukan pekerjaan hari-hari. Kami ada rumah, kereta dan perbelanjaan yang perlu dibayar,” katanya lagi.
Pada masa sama, Delimawati mendedahkan dirinya tidak akan sesekali merayu kepada pengarah atau penerbit untuk menerimanya berlakon.
Ads
“Mereka bukan tak kenal saya. Takkan la saya nak telefon pengarah suruh ambil berlakon. Saya sudah berlakon sejak tahun 1987. Mereka tahu kemampuan saya.
“Kalau mereka mahukan khidmat saya, mereka akan panggil. Kalau tak panggil tu, kita faham sendiri la,” akhirinya.
Terdahulu, dalam majlis perasmian tersebut, Delimawati merupakan antara artis vateran yang menerima sumbangan daripada pihak Ngam Ngam Neighbourhood.
Selain Delimawati, antara selebriti veteran yang turut menerima sumbangan termasuklah Mak Wan Latah, Margaret Gan, Mubarak Majid dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Telah merancang percutian ke Australia bersama keluarga, namun mengenangkan kes jangkitan COVID-19 semakin menular di Malaysia, Dr Say Shazril terpaksa melepaskan impian demi menjaga keselamatan keluarga.
Pada masa sama, dia turut menasihati ibu bapa supaya tinggal di rumah walaupun musim cuti persekolahan bakal tiba.
Jelasnya walaupun Malaysia tidak mencatatkan kes kematian namun jangan ambil risiko.
“Topik : Stay Safe Peeps, Please.
“Baru2 ni sy buat poll kat story mana best nak pergi bercuti bersama bini & Ace yg masuk 10 bulan semalam sebab bini dah amik cuti 4hari, samaada Perth/ Gold Coast. Tapi hari demi hari bila bukak berita, COVID-19 makin mengganas.
“Kat Australia pun sy baca mereka dah mula prepare for the worst dengan supermarket diserbu untuk stock up keperluan asas.
“Maka terpaksalah kami tangguhkan perjalanan kami & so should u peeps. Sy tau cuti sekolah is coming soon tapi jangan pandang remeh COVID-19 ni. 2nd wave kat Msia ni menakutkan. Kalau masa 1st wave hanya 22kes, as of today total positive kes COVID-19 melonjak kepada 83 kes, thats 61 kes sahaja for the 2nd wave!
“Sy tau Msia tiada lagi kematian but why do u wanna take the risk? Tangguhkanlah dahulu perjalanan anda. Toksah terpedaya dengan tambang murah etc tu,” jelasnya.
Ulasnya lagi, sekiranya ada individu yang merasakan punya kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti COVID-19, jangan ke klinik, sebaliknya terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Satu lagi, kalau anda rasa anda ada kontak rapat dengan mereka2 yg positif COVID-19 janganla datang kat klinik kata “doc sy nak check samada sy ada COVID-19 sebab sy ade kontak rapat…” menganiaya pesakit & doktor kat klinik tu instead terus pergi ke hospital atau boleh hubungi Crisis Preparedness & Respons Center hotline di website @kementeriankesihatanmalaysia.
“One last thing, do keep urself updated dengan current COVID-19 issue ni please, kes isteri juara Da’i tu update kemudian k? Jangan biar Ace pandang korang mcm Ace pandang sy,” tulisnya panjang lebar.
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah, 34, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dijangkiti Influenza A pada Khamis.
Menurut Cik Piah, pada mulanya dia cuba bertahan, malah sempat bersiaran pada slotnya Gaya Suria, pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pada Khamis.
Namun akhirnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengalah dan terus bergegas mendapatkan rawatan di hospital.
“Dan akhirnya Cik Pia di sini. Influenza A start dari semalam dah sakit badan tapi masih gagah juga on air tadi tapi badan makin seram sejuk.
“Kepala berdenyut macam nak pecah.. huwaaaaaa,” tulis Cik Piah menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
Disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan, Cik Piah tidak dapat mengikuti siri jelajah Suria FM, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang memulakan road tour mereka di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor pada Sabtu ini.
“Jelajah Suria Sabtu ni sepatutnya Cik Piah turun tapi apakan daya… Hmmm takdelah pelesit kota,” tulisnya lagi.
Ramai rakan artis turut mendoakan agar Cik Piah segera sembuh agar dapat menghiasi hari-hari mereka dengan suara ‘riang’ yang sinonim dengan perwatakan Cik Piah yang cukup ceria itu.
“Patut la serak gila suara on air tadi, semoga sihat kembali,” komen Mamat Sepah.
“Cik Piah no syatuu okay.Get well soon,” titip Elly Mazlein.
“Aduhai, tarik lagu ni beriay sangat masa practise hehe, get well soon dik,” tulis Haiza Hanafi.
“Speedy recovery babe,” komen Adeline Tsen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari memaklumkan dia dan isteri, Scha Alyahya sepakat menghantar anak kedua mereka, Lila Amina ke sekolah (play school) seawal usia dua tahun.
Menurut Awal, mereka berbuat demikian kerana mahu anak-anak terdedah kepada sistem pengajian dari peringkat awal.
“Setiap pagi sekarang, Lila sudah tahu bila nak ke sekolah, dia akan cakap ‘bye’ nak pergi sekolah. Sebab cara kami, memang mahu perkenalkan persekitaran pembelajaran itu lebih awal kepada anak-anak.
“Malah sekarang pun Lila sudah pandai mengira satu hingga sepuluh. Sebab kalaulah dia hanya duduk di rumah, mungkin situasi itu lambat berlaku memandangkan jadual kerja saya dan Scha pun tidak menentu,” katanya kepada MH.
Awal menambah, niatnya sebagai bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
“Cuma bila kita hantarnya ke sekolah, minggu pertama dia ada menangis. Kemudian sudah boleh menerima dengan rutin tersebut.
“Pihak sekolah pun memaklumkan aktiviti anak-anak sepanjang kelas. Apa aktiviti yang mereka belajar dan sebagainya.
“Balik rumah, kita pun bertanya makan, belajar apa di sekolah hari ini contohnya dan Lila mampu beri jawapan yang betul berdasarkan video yang dikongsikan pihak sekolah.
“Jadi daripada situ kita nampak dia sudah mampu bercerita dan berkongsi apa yang dilakukan di sekolah. Skil begitulah yang saya dan Scha fikir… kalaulah dia duduk di rumah mungkin hanya tengok TV saja. Pembantu rumah pula sibuk uruskan kediaman.
“Jadi itu antara sebab kami buat keputusan untuk menghantar mereka ke sekolah. Sekurang-kurangnya ada akitiviti bermanfaat yang boleh dilakukan selain melatih dia untuk berkomunikasi, bergaul dengan rakan sebaya dan sebagainya.
“Malah kami sendiri pun memang akan isi masa bersama anak-anak untuk mengetahui dan teman mereka buat kerja sekolah dan sebagainya. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua orang puteri iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina. 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!