Pelakon, penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengumumkan restorannya, SukaSucre Bistro yang terletak di Taman Pertama, Cheras bakal menghentikan operasinya.

Menurut Datuk Fazley, restorannya itu bukanlah ditutup, sebaliknya bakal berpindah ke satu lokasi baru yang akan diumumkan kelak.

“Hari ini merupakan HARI TERAKHIR restoran saya @sukasucrebistro beroperasi di Taman Pertama, Cheras.

“Setelah 7 tahun kami berada di sini, akhirnya kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi lagi Bila April itu di laman Instagram miliknya.

IKLAN

Sementara itu, Datuk Fazley turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menyokongnya selama ini.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong bisnes keluarga saya selama ini.

“Tempat baharu kami akan diumumkan tidak lama lagi,” kongsinya.

IKLAN

Dalam pada itu, juara program Masterchef Selebriti Malaysia itu turut mendedahkan bahawa akan ada sebuah lagi restoran baru yang akan mula dibuka hari ini.

“Kami akan buka restoran saya satu lagi @minangtapau dulu, baru #sukasucrebistro akan mula di tapak baru. Jemput semua datang hari ini.

“Gambar terakhir dalam video ini adalah dari tahun 2014,” katanya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Datuk Fazley.

“7 Tahun Di Sini, Akhirnya…,”- Restoran Di Cheras Bakal Henti Operasi, Datuk Fazley Yaakob Imbas Memori “7 Tahun Di Sini, Akhirnya…,”- Restoran Di Cheras Bakal Henti Operasi, Datuk Fazley Yaakob Imbas Memori

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI