Pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri menzahirkan rasa syukur selepas usahanya untuk maraih Ijazah Doktor Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM) akhirnya membuahkan hasil.
Menurut Ahmad Idham, meskipun jadualnya agak padat selepas proses penamaan calon di Port Dickson, namun dia tetap tidak mahu melepas momen bersejarah di dalam hidupnya itu.
“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol Ijazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok yang disempurnakan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.
“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan,” tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.
Katanya lagi, dia berharap agar kejayaannya itu dapat menjadi buat anak muda untuk terus menuntut ilmu diperingkat tertinggi.
Ads
“Penantian selama hampir tujuh tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk Ijazah Doktor di dalam bidang pengurusan.
“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurustadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima Ijazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama Cinderella itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya untuk menamatkan pengajian.
Ads
“Ilmu merupakan pelita yang membawa manusia keluar daripada gelap kejahilan.
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Buat para guru, penyelia dan para pendidik yang telah berkongsi ilmu dan mendidik saya selama ini, saya doakan semoga kalian semua dikurniakan rahmat dan maghfirahNya,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, majlis konvokesyen yang telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berlangsung pada Ahad.
Foto-foto sewaktu majlis konvokesyen turut dikongsikan oleh Ahmad Idham di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham juga merupakan salah seorang calon parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di parlimen Port Dickson.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Ahmad Idham Mohd Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi pemandangan indah sebuah penthouse yang disewa untuk percutian keluarga di Seminyak baru-baru ini, Nabila Huda melepaskan amaran berikutan sikap tidak bertanggungjawab pemilik penginapan tersebut.
Ulas Nabila yang mesra disapa Abil, mood percutian terganggu apabila rumah tersebut mengalami masalah elektrik pada jam 11.30 malam dan pemilik tidak mengambil peduli akan masalah tersebut.
“Ok ni villa Yang Kitaorg stay kat seminyak. Cun gila. Penthouse Baru , near the town.Harga rm725 per night. Villa ni adalah category “Airbnbplus” ! The whole day memang Kitaorg enjoy gila sampai la 11:30pm, tiba-tiba black out!
“Message and call owner Dia kata tak boleh Tolong sebab dah lewat. Kitaorg explain la Cakap ada Anak tidur kalau Kitaorg okay je. Dia kata Kalau tak boleh tidur, Dia suruh Kitaorg check in hotel. Maknanya suruh kejut Anak kitaorg 12am tu, keluar dari that place and cari hotel?
“After both of us naik turun tangga nak hidup kan electricity, That’s the only option ? Hmm..So we decided to walk across the street ,hustle je tanya Kalau ada technician. Alhamdulillah ada! Dia datang check but Dia kata dah terbakar and Tolong call kan tnb untuk datang. 2am electric dah ada! Yayyy!!”
Tidak berhenti setakat itu, masalah datang tertimpa apabila air, dapur masak dan toilet pula tidak boleh digunakan.
“Owner tadi senyap terus tanpa berita. Next day, problem lain pulak. Air Takde, stove tak boleh pakai , flush ada problem. Fucked up! Texted the owner again at 7:30am ,Then.. tengahari Dia reply.
“Dia Cakap suruh Kitaorg cari tempat lain and Dia bagi full refund. Childish nya decision tu! Itu je cara selesai kan? Dia tak fikir langsung kite carry luggage naik atas, Anak lagi ,Nak kena packing Balik, dengan Yang malam tadi Kitaorg naik turun tangga settle kan electric Rumah dia, dengan time tak banyak sebab few days je tinggal Dan Dia tak jumpa Kitaorg or rasa bersalah.”
Malah pemilik tersebut meletakkan kesalahan kepada pelakon jelita ini dan menyifatkan penginapannya bukan hotel untuk semuanya sempurna.
“Dia siap kata sorry we’re not type of guest yang Dia expected. Fucking selfish. MasYallah! Dia kata ni bukan hotel Nak semua proper. Ye lah Aku tau lah.
“Dia ingat Aku ni budak-budak ke pakai Airbnb ni. Kite dah guna airbnb ni travel satu dunia dah lama Tak pernah langsung complain or Ada masalah. Dia Yang bermasalah sebenarnya. Tapi kite Nak marah pun tak boleh sebab tu hak Dia kan.. Kalau marah pun Benda dah jadi. Yang penting skali Kitaorg dapat stay for free!? So Kitaorg Balik, packing and move to another villa. Tak pasal-pasal.”
Meskipun ditimpa musibah, namun nasihat Abil, jangan panik dan sentiasa positif.
“But all good, kami masih teruskan hidup and happy macam biasa. Jadi next time if jadi benda sama kat korang , Jangan panic . Evertime travel Mesti kena get ready untuk “worst case scenario” ! And always positive, maybe it’s not your luck jadi Pada hari tu dan move on.”
Pelakon, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon kelahiran Labuan itu, dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun, semalam.
Menerusi entri tersebut, Nazim berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sedang menanti jodoh untuk dirinya.
“Hari ni Hari Malaysia. 16 September adalah tarikh saya lahir. Selamat bercuti pada ulangtahun hari kelahiranku.
“Alhamdulliah, masih dikurniakan nafas dan kekuatan untuk menempuh hidup yang wow! Full of surprises. Anyway , saya bersyukur atas kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa mengalir dan jugak ruang untuk memperbaiki kekurangan diri yang penuh khilaf ini.
“Cuma jodoh je tengah kutunggu untuk kujaga dan dijaga olehnya.
“Tak nak hadiah. Rumah dah penuh barang nak letak hadiah tak tau kat mana. Kek pun tak nak. Lebih baik awak simpan duit tu dalam tabung atau bagi kat anak-anak yatim.
“Saya cuma nak dengar doa yang baik-baik je dari korang untuk saya sempena hari jadi saya ni. Thank U guys! May God bless us all.,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan dipanjangkan umur.
Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.
Foto : Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!