“Alhamdulillah, syukur. Salah satu nikmat paling besar bila dikurniakan balik nikmat sihat. Minggu lepas satu keluarga affected by Influenza A start dengan diri saya lepas selesai program BBB.
“Lepas itu jangkit ke mummy. Kemudian, Awish dan Kikim. Akhir sekali Kayla. Kayla paling lama demam dekat lima hari tak kebah. Kena admitted untukk masuk drip for antibiotik sebab dia memang tak pandai makan ubat.
“Dan syukur sangat hari ni dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Norman juga mahu mengambil iktibar diatas kontroversi melibatkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi orang ketiga dan penyebab keruntuhan perkahwinan sepasang suami isteri.
Ads
Jelas Norman, dia tidak mengambil hati dengan segala kata-kata negatif yang telah dilemparkan kepadanya saat ini.
“Terima kasih juga kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ni. In shaa Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku.
“Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads aka followers baru yang hadir dua tiga hari ni saya anggap kalian semua sebagai sahabat. Ukhwah dan siturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.
“Saya happy baca komen semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami,” katanya lagi.
Malah, bekas suami kepada selebriti terkenal, Abby Abadi ini juga percaya setiap individu itu mempunyai peluang untuk bertaubat apabila melakukan kesilapan.
Ads
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untukk kembali ke jalanNya.
“Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dariNya. Lillahita’ala saya sayang semua. Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga.
“Semo dipermudahkan urusan Abang dan keluarga. Terus kuat.
“Semoga terus tabah dengan ujian yang Allah berikan. Kita sebagai manusia memang tak lari daripada khilaf. Allah beri ujian kepada hambanya yang mampu. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah nak bagi dekat kita.
Ads
“Alhamdulillah bang. Semoga dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sekeluarga. Allah uji sebab Allah tahu tahap iman hambanya.
“InsyaAllah Allahuakbar. Dia turunkan ujian supaya kita bersedia menerima rahmat kebaikkan yang lebih besar serta ditingkatkan darjat kita,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.
Meluahkan perasaan di platform X Khamis lalu, wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi perosak rumah tangga yang dibina selama tiga tahun.
Tambah memburukkan keadaan, wanita tersebut turut mendedahkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.
Bagaimanapun, Marissa tampil mengaku melakukan kekhilafan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen, semalam.
Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mencecah hari kelima dalam misi bantuan kemanusiaan di Sulawesi Tengah Indonesia, Ardell Aryana dapat merasakan suasana pilu yang menimpa masyarakat di sana.
Malah, Ardell juga ada berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan dia sedang mencuci luka seorang kanak-kanak lelaki bernama Daus yang cedera dalam tragedi gempa bumi.
“Anak yang bersama saya ni nama dia “ DAUS “ . Adik ni sangat trauma, dia tak bercakap dengan orang , tapi yang keluar dari mulut dia selalu bercakap “ boleh bawak ke pantai ? “ dia ingin selamat kan mak & ayah dia.
“Sebenarnya mak & ayah nya tak sempat diselamat kan waktu gempa terjadi . Jasad ayah nya di temui tetapi badan tertimbus dalam tanah tinggal hanya bahagian kepala . Ibu adik ini sempat menjerit “ saya masih hidup tolong saya !!!
“Tetapi pakcik adik ini sempat selamat kn daus dan adik nya sahaja .. sambil Daus teriak “ IBU KU IBU KU !!! “ saya mau selamatkan ibuku ..abang daus juga sama hilang tanpa jasad termasuk ibunya masyallah, tulis Ardell panjang lebar.
Lebih pilu, apabila Daus telah kehilangan ibu bapanya yang terkorban dalam tragedi gempa tersebut.
“Adik daus ni jadi anak yatim piatu dengan sekelip mata di depan mata dia . Harini daus luka di lutut , disini gegaran masih berlaku cuma beza gegaran itu tidak mencecah 5 .. Walaupun 3.8 gegaran beberapa saat bagi saya kuat di kawasan ini .
“Sebab desa ini memang titik Gempa .. walaupun lari jauh dari tempat kejadian tapi masih rasa kuat walau sekejap & tiap kali itu penduduk sini trauma .
“Semoga Allah merahmati dan melindungi penduduk di donggala barat , sulawesi tengah . Esok akan ke rumah sementara buat penduduk lain yang tiada tempat tinggal,” kongsi Ardell.
Dalam pada itu, Ardell memaklumkan bahawa bantuan boleh disumbangkan melalui bank dibawah.
“Misi @ydkmm_official di terus kan semoga semua nya di permudahkan walaupun tadi saya sendiri melalui saat gempa walau sekejap bergoyang lutut saya ,bayangkan mereka.
“Sebarang wang ringgit yang ingin diwakaf kan kami terima untuk makanan, tempat tinggal, surau, perubatan, telekung,sejadah dan sebagai nya .. dan yang utama sumber makanan & air sangat kurang disini. 14Hari sebelum Ramadhan… saluran boleh di buat di CIMB Islamic @ydkmm_official : 8603534593,”tulis Ardell.
Video : IG Ardell
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin memberikan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.
Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut mendedahkan mengenai ucapan ulang tahun perkahwinan yang sering diungkapkan dirinya kepada suami, sebelum ini.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelapan sayangku. I takde ucapan panjang-panjang untuk you sebab…
“Setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekian lama bersabar menanti dikurniakan rezeki zuriat, Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin kini reda dengan ketentuanNya.
Dia percaya percaturan yang sudah ditentukan Allah SWT adalah terbaik.
“InsyaAllah berlapang dada, redha dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us Doakan kami ya semua,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Elizad dan suami telah mendirikan rumah tangga bersama pada 11 Januari 2015.
Sebelum ini, penyampai radio Sinar FM ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat, sekitar bulan Oktober 2020.
Namun, impian untuk mendapatkan zuriat tidak kesampaian setelah Elizad mengalami keguguran sebulan selepas menjalani rawatan kesuburan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi cerita bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 tahun, semalam.
Kongsi Zarina, dirinya kini berasa lebih tenang dan bahagia harmoni dalam meniti usia yang menjangkau separuh abad.
“Allhamdulillah dah 50 dah. Dulu masa nak masuk 40 tahun saya punya risau, ishh tak tahu nak cakap.
“Tapi bila dah masuk 50 tahun ni hati saya lebih tenang menerima apa yang Allah hadiahkan buat saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina berasa gembira apabila turut menerima hadiah istimewa daripada sahabat dan keluarga tersayang.
“Semalam birthday saya dapat macam2 kek hadiah dari orang orang tersayang, dalam banyak2 kek ni satu kek yg paling cantik pernah saya dapat bak potong pun sayang saya tengok jer lah.
“Lamanya kak jun buat kek ni 3 hari 3 malam nak siapkan fondan dia, untuk bunga pun dua hari dia mengadun gum paste, terima kasih banyak banyak kak jun @jun_kuzaifah susah payah buatkan untuk ina.
“Kakak yang banyak berjasa dalam karier ina dari zamam ina anak dara dari zaman kak jun editor majalah Jelita sampai ke editor cosmo sampailah bersara.
“Ina kagum dgn tulisan kak jun susunan ayat bait bait kata yang kadang bisa meruntun jiwa ,ina belajar buat kek pun dengan kak jun buat roti pun dengan kak jun.
“You are my sifu banyak beri nasihat ke arah kebaikkan semuga kak jun sekeluarga di dalam rahmat Allah selalu hendaknya, amin.
“Thanks for everyhing u give me a powerfull of love @jun_kuzaifah,” titip Zarina panjang lebar.
Lalu, rata-rata peminat juga ada menitipkan doa agar Zarina sentiasa bahagia dan di panjangkan umur oleh Yang Maha Esa.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!