Pelakon terkenal, Norman Hakim akui beberapa hari lepas merupakan detik yang agak mencabar buat dirinya dan keluarga.
Menurut Norman, ujiannya bermula apabila dia sekeluarga diserang demam Influeza A.
Bagaimanapun, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu tetap menzahirkan rasa syukur selepas semua ahli keluarganya kini sudah kembali sihat.
“Alhamdulillah, syukur. Salah satu nikmat paling besar bila dikurniakan balik nikmat sihat. Minggu lepas satu keluarga affected by Influenza A start dengan diri saya lepas selesai program BBB.
“Lepas itu jangkit ke mummy. Kemudian, Awish dan Kikim. Akhir sekali Kayla. Kayla paling lama demam dekat lima hari tak kebah. Kena admitted untukk masuk drip for antibiotik sebab dia memang tak pandai makan ubat.
“Dan syukur sangat hari ni dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Norman juga mahu mengambil iktibar diatas kontroversi melibatkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi orang ketiga dan penyebab keruntuhan perkahwinan sepasang suami isteri.
Jelas Norman, dia tidak mengambil hati dengan segala kata-kata negatif yang telah dilemparkan kepadanya saat ini.
“Terima kasih juga kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ni. In shaa Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku.
“Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads aka followers baru yang hadir dua tiga hari ni saya anggap kalian semua sebagai sahabat. Ukhwah dan siturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.
“Saya happy baca komen semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami,” katanya lagi.
Malah, bekas suami kepada selebriti terkenal, Abby Abadi ini juga percaya setiap individu itu mempunyai peluang untuk bertaubat apabila melakukan kesilapan.
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untukk kembali ke jalanNya.
“Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dariNya. Lillahita’ala saya sayang semua. Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga.
“Semo dipermudahkan urusan Abang dan keluarga. Terus kuat.
“Semoga terus tabah dengan ujian yang Allah berikan. Kita sebagai manusia memang tak lari daripada khilaf. Allah beri ujian kepada hambanya yang mampu. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah nak bagi dekat kita.
“Alhamdulillah bang. Semoga dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sekeluarga. Allah uji sebab Allah tahu tahap iman hambanya.
“InsyaAllah Allahuakbar. Dia turunkan ujian supaya kita bersedia menerima rahmat kebaikkan yang lebih besar serta ditingkatkan darjat kita,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.
Meluahkan perasaan di platform X Khamis lalu, wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi perosak rumah tangga yang dibina selama tiga tahun.
Tambah memburukkan keadaan, wanita tersebut turut mendedahkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.
Bagaimanapun, Marissa tampil mengaku melakukan kekhilafan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen, semalam.
Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norman Hakim