Pelakon Aprena Manrose ada menitipkan kata buat Allahyarhamah ibunya, Rasnah Mohd Noor atau nama komersialnya, Rosnah Mohd Noor yang telah pergi mengadap Illahi hampir lapan tahun lalu.
Menerusi satu posting di Instagram, Aprena meminta ramai untuk sedekahkan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah yang jatuh pada 8 Mei.
“Assalamualaikum semua, harini 8 Mei hari lahir arwah ibu saya dan 26 Ramadhan mama kembali ke rahmatullah, jatuh pada hari yang sama. Allahuakhbar.
“Berharap semua dapat sedekahkan Al-fatihah padanya, Rasnah Binti Mohd Noor. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya.
Aprena turut menukilkan doa buat arwah, yang sebelum ini pernah mencipta nama dalam dunia lakonan pada era 80-an.
‘Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh ibuku Rasnah Binti Mohd Noor. Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya.
Ads
“Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin,” tulisnya lagi.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan artis turut mengucapkan salam takziah bersama iringan doa serta al-Fatihah buat arwah.
Rosnah meninggal dunia pada pukul 2.55 petang, 4 Ogos 2013 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.
Aprena yang juga anak kepada bekas penyanyi, Iwan Syahman juga mempunyai seorang abang dan adik perempuan, Oktovia Manrose yang turut aktif dalam dunia lakonan.
Foto: Instagram Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meminta pendapat netizen berhubung perancangan masa hadapan, Zizan Razak menerusi laman Instagram bertanya sama ada dia patut menamatkan zaman bujang tahun ini atau tahun hadapan.
“Nak kahwin tahun ni ke tahun depan? Korang rasa??” dengan tandapagar zizanrazak #projectkahwin #love #marriage #future
Teruja dengan pertanyaan ‘rare’ pelakon Polis Evo ini, rakan artis turut memberi reaksi antaranya Fakhrul Unic mengatakan “tahun ni, tahun depan skali lg zang.”
Netizen terus mengaitkan Mira Filzah dan meminta pelawak ini cepat-cepat masuk meminang.
Foto – Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Maria Farida mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar lamanya yang dirakam pada tahun 1990 lalu, ketika dirinya di awal penglibatan dalam dunia lakonan.
Terdahulu Maria, menerusi entri di Instagram itu antara lain turut berkongsi, sebelum bergelar pelakon, dia terlebih dahulu aktif dalam dunia modeling dan masih tidak tahu bagaimana dunianya akan berubah setelah terjun ke bidang lakonan.
“Flashback to 1990, when I first entered the Film industry. From modelling to acting.. Clueless to how the movie world was like. Not knowing that one phone call from a production manager would change my life forever… I learned so many things, met so many people and travelled everywhere shooting.
“Fast forward to almost 3 decades later and I’m still here. Still thrilled whenever a new batch of scripts arrive at my doorstep! Where before, acting was just a job that paid the bills and put my son through school & college…,” tulisnya.
Lalu kini, dunia lakonan sudah pun menjadi kecintaannya.
“Now it’s just my passion. I love my job.. When someone asks me did I choose to be an actress? My answer is no, Acting chose me! And I’m truly blessed for it. And although I take a break once in a while, acting will always be in my life…,” kata Maria.
Perkongsian yang sudah pun mendapat tanda suka hampir 8,000 itu turut dihujani dengan pujian netizen yang membayangkan pelakon berdarah kacukan itu tidak makan usia.