Pengacara, Yasmin Suraya ada menitipkan ucapan terindah buat suami tercinta, Sha’ arin Razali bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan semalam.

Luah Yasmin seperti yang dipetik menerusi Instagram, meski dirinya tidak tahu apakah yang akan berlaku untuk tempoh yang akan datang, namun dia berdoa agar dirinya sekeluarga berada dalam keadaan baik harmoni.

“8 years ago today, kita diijabkabulkan. 8 years ago we didn’t know we will have 2 beautiful boys today.

“We will not be certain what will happen in the next 8 years or more, but I will pray Allah bless our little family with love, health, abundance, wisdom, freedom and happiness. Happy 8th anniversary sayang. I love you. I love us,” tulisnya.

Ads

Menerusi ruangan komen, para peminat termasuk rakan selebriti mendoakan agar jodoh mereka sekeluarga berkenaan di samping merakamkan ucapan tahniah.

“8 Tahun Lalu, Kita Diijabkabulkan,” – Yasmin Hani Harmoni Bahagia Sama Suami & Dua Cahaya Mata Lelaki “8 Tahun Lalu, Kita Diijabkabulkan,” – Yasmin Hani Harmoni Bahagia Sama Suami & Dua Cahaya Mata Lelaki

Ads

Suaminya turut berkongsi foto dan kapsyen teristimewa buat isteri tercintanya.

Ads

Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Eissa Elzander Wong, Noah Ismail Wong

Foto: Instagram Yasmin Hani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI