Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kisah seorang warga emas berusia 80 tahun yang menjadi sasaran kemarahan apabila disalah sangka melarikan remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 16 tahun di Saujana Rawang pada Sabtu.
Dalam satu rakaman video yang viral di media sosial, seorang wanita dilihat masuk ke dalam sebuah kereta sambil cuba memukul warga emas tersebut.
Bagaimanapun, hasil siasatan daripada pihak polis, mereka mengesahkan kes berkenaan tidak mempunyai sebarang elemen penculikan.
Kisah berkenaan nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Jelas Michael, wanita berkenaan sepatutnya harus berfikiran lebih rasional lebih-lebih lagi apabila situasi ini turut melibat warga emas.
View this post on Instagram
“Salam semua. Perempuan ni pasti jadi manusia yg paling orang menyampah kat Malaysia now! Termasuk la aku! Seriously kau hentam aje pakcik tu mcm tu.
“80 years old kot, tahu la kau tengah nervous anak hilang tapi takkan tak ada otak atau kesabaran untuk tanya sebelum serang.
“Pakcik tu duduk dalam kereta tu aje kot! Kau kaya sangat ke sampai ingat orang nak kidnap Anak kau?
“Kau yg tak reti jaga Anak sampai Anak merayau pun kau tak sedar lepas tu kau nak hentam orang! Tak baik tak baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pengarah drama, Love, Elsa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Michael turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak hilang pertimbangan dalam mengendalikan situasi seperti ini kerana jika tersilap langkah, orang lain bakal menerima kesannya.
“Kalau aku ahli keluarga pakcik tu takan aku lepas kan kau. Ehhhhh kalau aku boleh carut dalam sini aku dah carut kau kaw kaw kaw!
“Pada anda semua kita memang dalam keadaan yg parah tapi jangan sekali kali hilang pertimbangan rasa dan berpikir kita! Jgn jadi macam makcik gangster ni!
“Phuiiii punya manusia! Luv u all n be safe! BTW Ada siapa ke kenal makcik gangster over ni? Anyway benda ni berlaku kat mana eh?,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang.
“Tak sanggup nak tengok pakcik tua diperlakukan macam tu.
“Bayangkan itu ayah kita. Niat baik tapi disalah anggap. Sedihnya wei.
“Sedih sangat. Sampai terkencing pakcik tu dalam seluar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI