Awal semalam, pelakon Lana Nodin ada berkongsi kejutan sambutan hari jadinya, baru-baru ini.
Memuat naik beberapa foto kandid sekitar sambutan, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat terkejut dan gembira atas sambutan yang diadakan.
Malah tulisnya menerusi ruangan kapsyen, dia turut bersyukur atas segala rahmat yang diberikan olehNya terhadap dirinya sekeluarga.
“MMDG&W, Tq so much to my loving hubby @david_mckienzie for surprising me on my birthday.
”Alhamdulillah and rasa sangat bersyukur atas pemberian mu Allah swt dengan apa yg aku yg Engkau kurniakan padaku sampai la ke hari ini.
”Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat juga turut memberikan dedikasi buatnya.
Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015.
Foto: Instagram Lana Nodin