Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah sebagai seorang pemimpin yang hebat dalam memimpin pasukannya memerangi pendemik wabak COVID-19 di Malaysia ini.

Menurut Adibah, meskipun Dr. Noor Hisham sering dilontarkan dengan kata-kata pujian, dia tetap mengalihkan tumpuan tersebut buat seluruh ahli pasukannya yang bertungkus lumus dalam memastikan negara bebas COVID-19.

“A true leader.

“Orang puji dia tapi dia pusingkan pujian itu kepada his team and all who are involved.

Ads

“Itulah Dato Dr Noor Hisham,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Adibah memerusi laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Adibah turut mengimpikan setiap kali berakhirnya sidang media KKM, akan ada tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ diberikan sebagai tanda penghargaan.

Ads

“Setiap kali sidang media KKM berakhir, saya berharap akan ada tepukan dan ‘standing ovation’ diberikan.

“Saya tahu Dato Noor Hisyam dan pasukannya tidak mengharapkan sebarang pujian, tapi tindakan tersebut setidak-tidaknya sebagai tanda penghargaan buat para petugas barisan hadapan KKM.

Ads

“Itu hanyalah pendapat saya,” tambahnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan kenyataan Adibah itu selain turut memberikan kata-kata pujian buat Dr. Noor Hisyam.


Sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI