Semenjak aktiviti merentas daerah dibenarkan, ramai yang ambil peluang untuk isi masa bersama.
Malah, ramai di antara kita yang turut melakukan aktiviti di luar setelah beberapa bulan hanya duduk di rumah berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, tetapi dengan ikut garis panduan yang ditetapkan.
Terbaru, penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi sebuah video yang memaparkan aksi spontannya bersama suami, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa ketika di dalam kereta mencuri perhatian.
Video yang dimuat naik di laman Instagram itu menunjukkan Siti sedang menguji suaminya dengan membuat cabaran yang sebelum ini tular di platform media sosial.
Penyanyi lagu Cindai ini telah pun menghulurkan tangannya lalu dikucup suami tersayang.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.
Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.
“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.
“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.
“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.
“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.
“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.
Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izara Aishah selamat bersalin anak kedua dan berita gembira itu dikongsikannya bersama suami, Adib Khalid menerusi Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Di dalam video pendek yang dikongsi, kelihatan Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan itu sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
Belum berkongsi mengenai perincian kelahiran anak keduanya itu, masing-masing hanya meletakkan emoji ‘tangan yang sedang berdoa’ menerusi ruangan kapsyen.
Penyanyi yang juga bekas vokalis kumpulan Yovie & Nuno, Pradikta Wicaksono mengalami momen-momen memalukan apabila alat sulitnya diraba peminat yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, dapat dilihat Pradikta atau Dikta sedang berjalan sambil dikerumuni peminat di Anjungan Sarinah, Jakarta Barat sebaik sahaja selepas dia membuat persembahan di situ.
Tanpa diduga, secara tiba-tiba alat sulitnya turut diramas oleh salah seorang peminatnya yang bertindak keterlaluan.
Dalam video itu Dikta, 37, dilihat memegang bahagian alat sulitnya sambil menahan sakit sehingga membuatkan dirinya terduduk selepas berjaya memasuki ke ruang rehat yang disediakan oleh penganjur.
Sementara itu, beberapa video yang tular dalam TikTok memberitahu, Dikta hanya sempat menyanyikan tiga buah lagu sebelum acara itu ditamatkan awal gara-gara terlalu sesak dengan penonton.
“Kasihan Dikta diasak sana-sini, akhirnya persembahan terpaksa dihentikan dan majlis terpaksa ditamatkan awal kerana penonton terlalu padat,” memetik satu kenyataan pengguna TikTok di sana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!