Pelakon Zain Saidin mengambil inisiatif dengan membawa anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10 tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik suami kepada aktres Rozita Che Wan itu menerusi TikTok, Aaisyah boleh membeli 10 jenis barang yang dimahukan.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Hanya jalan berdua ke lokasi tersebut, Aaisyah dilihat membeli beberapa item seperti dua barang solek, kipas minj, casing telefon dan topi.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Aaisyah yang sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya sendiri sambil berterima kasih kepada bapanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
“Barang yang Aaisyah pilih a bit unexpected. Ingatkan akan pilih semua yang girly stuff.”
“Kenapa kalau dengan daddy, dia behave gila.”
“Wow uptown je. Bagus ajar anak bersederhana. Terbaik.”
“Dengan mak dia habis bawak pergi Sephora.”
“Anak jutawan pun relaks ja shopping kat uptown. Yang b40 lak sanggup berhutang nak pakai barang branded.”
“Balik mesti mak dia bebel, hang beli apaq ni Aisyah.”
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun ditonton lebih sejuta kali menerusi TikTok dan disusuli dengan ratusan komen warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini