Pelakon Rozita Che Wan memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dijangkiti Covid-19 pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan pada Selasa.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Rozita atau Che Ta berjanji akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun besar-besaran sebaik sahaja anaknya sudah sembuh.

“Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana, tapi kesian sayang mummy kena Covid-19.

“Dah sihat nanti kita celebrate all out na sayang, kita buat kat Lantera Venue tau,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Pengikut Che Ta serta rakan artis turut mendoakan kesembuhan anak perempuan tunggal pelakon itu sekali gus mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

Ads

“Happy birthday Aaisyah, get well soon sweetheart,” tulis ibu saudara Aaisyah, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin.

“Ala sian, first time kena ye, semoga Aisyah cepat sembuh ye,” tulis penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah.

“Alahai kesian, get well soon babygirl. Happy birthday,” titip pelakon Catriona Ross.

“Semoga Aaisyah dirahmati Allah SWT, cepat sembuh dan sihat walafiat. Happy birthday pretty princess!

Ads

“Semoga Aaisyah cepat sembuh dan dapat celebrate birthday dengan keluarga dan Rosix,” komen netizen.

Sekadar info, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013.

Ads

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang dilahirkan pada 1 November 2014.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI