Aaron Aziz ‘Steady’, Beri Kata Semangat Buat Fuad Rahman; “”Bro, Lantaklah Juri Nak Cakap Apa, Yang Penting…”

Share

Pelakon Datuk Aaron Aziz memberikan kata-kata semangat buat rakan artis senegaranya, penyanyi Fuad Rahman yang sebelum ini pernah mendapat komen negatif daripada juri tetap program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Dalam titipan pesanan menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya, Aaron, 46, yang berasal dari Singapura menasihatkan agar Fuad terus memberikan yang terbaik sepanjang bertarung dalam GV9.

“Khas untuk my bro, my blood Fuad Rahman. Bro, lantaklah juri nak cakap apa, air mata buaya, air mata sungai ke apa sekali pun yang penting tugas kamu jangan biarkan kata-kata itu menganggu kamu.

“Kamu tahu siapa yang ada sentiasa menyokong kamu, jadi buat yang terbaik.

“Beginilah kehidupan, ada orang yang akan melukakan kita dan ada juga yang memuji kita. Kadang-kadang kita dapat sokongan, kadang-kadang dapat kutukan juga, itu normal. Hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Hanya buat yang terbaik dan jangan nervous. Jangan sampai apa yang orang cakap tu (kritikan) memberi kesan terhadap persembahan kamu,” kata Aaron.

Terdahulu, Fuad, 43, dilihat menitiskan air mata ketika membuat persembahan menerusi lagu Layang-Layang Terputus pada minggu ketiga GV9 sehingga dikritik juri tetap.

Menjelaskan perkara itu, ketika menjayakan persembahan tersebut, dia terkenangkan kisah silamnya yang pernah tiga kali disumbatkan ke penjara gara-gara kes penyalahgunaan dadah.

Selain Fuad, antara peserta yang masih bertanding ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Bob Yusof, Tomok, Asheed Def Gab C, Pat Candy, Tom, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Datuk Aaron Aziz, Fuad Rahman

Published by
Juliana Johar