
Selain berlakon, pelakon Datuk Aaron Aziz juga sering kali terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan terbaharu, dia dan isteri kini berada di Phnom Penh, Kemboja bagi tujuan amal membangunkan sebuah masjid baharu di negara tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, berkata dia tidak lena tidur sejak tiba di negara itu gara-gara kemunculan tikus di bilik hotel yang didiaminya.
“Macam mana ni guys? Bilik bersih ke tak? Hotel boleh cakap datang dari luggage (bagasi)??!!
“Kita datang sini bawa baju dengan dana, bukan bawa tikus!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak hotel telah memberikan perangkap tikus kepada Aaron bagi menghapuskan tikus berkenaan.
Walaupun begitu, Aaron berkata dia masih ragu-ragu dengan tahap kebersihan hotal tersebut sehingga membuatkannya tidak boleh tidur malam.
“Saya tidak boleh tidur memikirkan sama ada mereka dah tukar sarung bantal… lupa nak suruh mereka tukar.
“Sebelum ini saya pernah kena kena (penyakit) kencing tikus jadi saya takutlah.
“Hopefully anda doakan saya tak demam, kalau dah demam tu tanda dah kena kencing tikus,” kata Aaron menerusi video yang dikongsikannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sentiasa Santun, Berbudi, Mesra & Tersenyum…” – Fedtri Yahya Kagum Personaliti Puan Sri Normala Samsudin, Berkarisma & Berwibawa

Penulis lirik dan pengacara, Ahmad Fedtri Yahya meluahkan rasa kagum dengan sifat dan perwatakan personaliti TV, Puan Sri Normala Samsudin.
Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini menyanjungi sifat Puan Sri Normala sangat berkarisma dan mempunyai aura yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, Fedtri juga menyifatkan Puan Sri Normala sebagai seorang wanita yang bersopan santun dan peramah.
“Aura, karisma, pesona dan wibawa beliau dalam mengemudi rancangan TV3 seperti #NONA cukup mengagumkan…
“Sentiasa santun, berbudi, mesra dan tersenyum…
“Rahsia keanggunan wanita ini. Satu – satunya Puan Sri @normalasamsudinofficial,” tulisnya.
Imbas kembali, nama figura Puan Sri Normala menjadi pujaan dan dikenali orang ramai selepas menjadi pengacara rancangan Nona di saluran TV3 sekitar tahun 2001.
Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedondon Berkain Songket Bak Putera & Puteri Raja, Ini Sekitar Momen Indah Majlis Sanding Tasha Shilla, Atiq Idris

Semalam, pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.
Terdahulu, keduanya ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas dan malam tadi, majlis resepsi telah pun dilangsungkan dengan cukup meriah.
Diraikan keluarga serta teman rapat pada majlis raja sehari, pasangan mempelai tampak berseri-seri sambil mengayakan busana tradisional kontemporari sedondon dalam material songket.
Turut menjadi saksi penyatuan dua jiwa, tema persandingan yang cukup intim sepertinya mengangkat warisan budaya Melayu begitu menarik perhatian tetamu yang hadir.
Malah, tarian tradisional juga menggamit memori indah majlis resepsi pasangan pengantin ini yang dilangsungkan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Tasha menerusi Instagram ada berkongsi momen menarik sepanjang majlis, sambil memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga keduanya kekal bahagia hingga jannah.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Foto: Instagram Tasha Shilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Sindir & Berkata Buruk,” – Hos Program Bual Bicara Juga Mampu Menang Anugerah, Optimis Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedikasikan kemanangan selaku Pengacara Paling Popular 2024 buat rakan-rakan pengacara yang berusaha mendidik masyarakat dalam setiap program yang mereka kendalikan.
Menurut Uyaina, program bual bicara yang punyai pengisian informasi bermanfaat juga mampu mendapat tempat di hati masyarakat seperti mana program-program hiburan.
“Perkataan yang betulnya adalah ‘susah’. Susah untuk dikecapi tapi tidak mustahil.
“Kepada rakan-rakan pengacara yang merasakan rancangan bual bicara yang intinya bukan hiburan semata tiada peluang diterima atau mendapat tempat dalam masyarakat, anugerah ini adalah buktinya.
“Jangan patah semangat, kita kekal dengan identiti kita,” katanya ketika ditemui di Anugerah Bintang Popular ke-36, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Uyaina turut berharap agar lebih banyak peluang diberikan kepadanya untuk mengacarakan program-program hiburan selepas ini.
“Saya memang nak mengacarakan program hiburan di Malaysia. Saya pernah juga mengacarakan beberapa program hiburan di negara ini tapi peluang seperti ini lebih banyak di Indonesia.
“Selepas ini, saya harap dapat diberikan peluang untuk mengacarakan program hiburan tetapi masih lagi punyai nuansa-nuansa yang membuatkan para pengacara ini dihormati.
“Saya harap, kemenangan ini akan membuka ruang dah peluang kepada pencara-pengacara lain termasuklah saya yang bukannya seorang yang lawak,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai sikap segelintir pengacara yang suka memerli dan membuat jenaka sensitif ketika program siaran langsung, ini reaksi Uyaina;
“Saya bercakap dari segi umum. Perkara ini turut diguna pakai dalam kehidupan seharian dan bukan hanya dalam pengacaraan. Kita tak perlu nak menyindir atau mengata buruk tentang orang.
“Kita fokus sahaja pada perkembangan diri sendiri dan skil penyampaian yang bermanfaat kepada orang luar,” akhirinya.
Terdahulu, Uyaina telah menewaskan Izzue Islam, Elly Mazlein, Anim Ezzati dan Raja Azura untuk dinobatkan selaku pemenang Anugerah Pengacara Popular di ABP-36, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI