Pelakon Datuk Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan menjadi rakan kongsi kepada syarikat umrah dan percutian terkenal, Persada Global Holidays.
Langkah ini menandakan usaha aktor berkenaan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat yang ingin menunaikan ibadah umrah dan menikmati percutian yang bermakna.
Teruja Amanah Baharu
Aaron Aziz, 49, berkata, kerjasama dengan Persada Global Holidays kerana reputasi syarikat itu dalam menyediakan pakej umrah dan pelancongan berkualiti tinggi.
“Mereka mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan perjalanan, sekali gus berjaya membina kepercayaan ramai pelanggan sejak penubuhannya.
“Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Persada Global Holidays. Ini adalah peluang bagi saya untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka, sama ada untuk menunaikan ibadah umrah atau menikmati percutian yang indah,” katanya.
Ads
Sebagai rakan kongsi, Aaron menjelaskan, dia bukan sahaja akan menyumbangkan idea inovatif untuk memperkukuhkan operasi syarikat, malah akan turut terbabit dalam mempromosikan pakej baharu yang mesra keluarga, selesa, dan berpatutan.
“Menerusi kerjasama ini, Persada Global Holidays akan memperkenalkan beberapa pakej eksklusif yang diinspirasikan oleh pengalaman peribadi saya.
“Pakej ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat dan masyarakat umum,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persada Global Holidays Shahir Ibrahim berkata, pihaknya optimis bahawa kerjasama ini akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri umrah dan pelancongan di Malaysia.
Percaya Kredibiliti Aaron Aziz
“Datuk Aaron Aziz bukan sahaja seorang figura besar di Malaysia dan Singapura, tetapi juga individu yang mempunyai keperibadian yang sangat dekat dengan masyarakat.
“Dia ialah ikon yang mampu menarik perhatian ramai dan pada masa yang sama, membawa mesej yang bermakna.
“Kerjasama ini bukan sekadar untuk memperkenalkan jenama, tetapi untuk menginspirasi lebih ramai umat Islam menunaikan umrah dengan penuh makna.
Ads
“Malah, apa yang istimewa, tagline ‘Umrah itu Mudah’ yang kini menjadi misi utama kami adalah cadangan daripada Aaron sendiri.
“Ia mencerminkan pemahaman mendalam beliau terhadap visi kami bahawa perjalanan umrah ini bukan hanya tentang ibadah, tetapi juga tentang kemudahan, keselesaan, dan keikhlasan.
“Dengan pengaruh dan nilai positif yang beliau bawa, kami yakin lebih ramai yang akan memahami dan merasakan bahawa impian ke Tanah Suci itu adalah sesuatu yang mudah dicapai.
“Menerusi kerjasama ini, insya-Allah, adalah langkah untuk membawa kebaikan kepada lebih ramai orang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir lapan minggu berentap untuk menghiburkan hati para juri dan penonton, akhirnya kumpulan Sarkas telah pun dinobatkan selaku juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Kumpulan yang dianggotai oleh pelawak Danial Zaini, Shashic dan personaliti media sosial, Acap S itu berjaya mengetepikan cabaran daripada empat kumpulan lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Menurut Danial, dia berharap agar kemenangan ini dapat membuka peluang buat pelawak-pelawak tempatan untuk terus melangkah lebih tinggi.
“Terima Kasih ya Allah, ahli keluarga dan semua peminat yang menyokong.
“Saya harap inilah peluang buat kami dan rakan-rakan pelawak lain untuk buktikan bahawa dunia lawak Malaysia tidak mati,” katanya.
Sementara itu, kumpulan Padie telah muncul selaku naib juara seterusnya meraih hadiah
wang tunai RM75,000 dan trofi.
Tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 serta trofi pula telah berjaya dimenangi oleh kumpulan Puteh.
Manakala, kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric Floor 88, Has dan Dewa terpaksa berpuas hati untuk meraih tempat ke-4 seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM25,000 dan trofi.
Melengkapkan senarai pemenang adalah kumpulan Zuara yang menduduki tangga ke-5.
Mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Salah seorang anggota kumpulan Zuara yang juga merupakan pelakon, Zulin Aziz turut dinobatkan selalu Superstar Paling Gempak MLS4.
Pentas akhir MLS4 telah berlansung dengan gilang gemilang di Auditorium CIDB, Cheras.
Pada malam ini, kesemua kumpulan membuat persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan ‘Lokasi Idaman’ dan ‘Lokasi Fiesta’.
Semua finalis MLS4 diadili 75 peratus juri tetap iaitu Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander, manakala 25% lagi adalah daripada undian penonton.
Pentas akhir yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada artis jemputan, Putera Muhammad dan Amalina Arham.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin ada segelintir kaum Hawa yang mahu berubah ke arah kebaikan, namun terdapat banyak halangan dan kekangan yang mereka hadapi.
Jadi, Noorkhiriah ada berkongsi nasihat buat netizen khususnya kaum wanita di luar sana yang mahu berubah menjadi individu yang lebih baik.
“Dalam idup ni jgn drastik takut turn back..mcm akak mendaki dik,selow2..even sampai skrg masih pakai jean keding..cuma try cari baju labuh..jiwa noty dik,bkn lahir2 terus suci..idok..nak gak rasa sekalisekala..pas rasa dahlah..pastu plahan2 kita menutupi apa yg wajib..
“Pasai jenazah wanita ni kalu akak x silap kain kafan 7 lapis..bagi akak..aurat wanita ni hebat dik..sori2..akk tak pandai,jahil lagi cuma bkongsi sskit apa yg tau..kkdg akak kelaut..tp cepat2 naik blk..hadeh..maaf kalu ada tsilap kata dlm karangan akak ni yerr..
“Kita idup ni bukan atas dasar nak puaskan hati org..mmg sampai kena kapanlah takkan puas..puaskan hati sendiri je dik..& kena ingt tak smua org suka kita..wat baik kena,wat jahat apatah lagi..maka hidup kena jalan terus..
“Jadikan semalam tu hujan lebat..pasai lepas ujan kdg2 Allah turunkan PELANGI,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen pula, netizen bersetuju dengan kata-kata bintang drama bersiri Nur itu.
Untuk rekod, Khiriah mula menyarungkan hijab pada Mei 2011. Semoga Khiriah istiqamah dan sukses dalam apa jua bidang!
Foto : IG Noorkhiriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Giliran penyanyi, Ani Maiyuni pula yang bersuara apabila lagu yang dirasakan bagus tidak dipilih untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) baru -baru ini.
Katanya, dia mempersoalkan mengapa sesuatu lagu yang bagus itu perlu ada nilai komersial baru boleh diiktiraf di sesebuah anugerah.
“Why why why? Kenapa industri kita jadi macam ini? Kalau mcm tu next time kita buat jinggle song utk iklan2 je laa baru komersial kann.
“Konfem boleh ke final. Bahhah, juri2 yg dipilih tu juri macam mana ye? Sekian terima kasih,” tulisnya.
Sebelum ini, penyanyi senior, Salamiah Hassan meluahkan rasa apabila lagu Layarlah Kembali ciptaan Aubrey Suwito, nyanyian Dayang Nurfaizah tidak terpilih ke AJL 33 Februari depan.
Bagaimanapun pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail ada menjelaskan sebab lagu tersebut tidak terpilih ke AJL antara lain adalah disebabkan kurang nilai komersil.
Pada MH, mungkinlah sudah ada satu ketetapan untuk sesebuah lagu itu dipilih ke AJL 33 kan? Apa-apapun, tidak dinafikan bahawa kesemua peserta yang berentap di separuh akhir Muzik Muzik itu memang hebat belaka.
Mungkin rezeki mereka yang tidak terpilih ada di tempat lain. Apa-apapun, jangan emosi sangat ya!
Foto/Instagram: Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...