Pelakon dan pengacara, Mira Filzah ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir bapanya, Badioezaman Ab. Khalik yang ke-56.

Menurut Mira, meskipun bapanya merupakan seorang yang pendiam tetapi dia memiliki caranya yang tersendiri untuk menunjukkan rasa kasih dan sayangnya terhadap anak-anak.

“Abah merupakan seorang lelaki yang unik. Walaupun Abah tidak bercakap banyak, tetapi dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk meluahkan rasa kasih dan sayangnya.

Ads

“Terima kasih untuk segala kasih dan sayang yang telah abah lempahkan sejak 2 April 1993 Abah. Mira sayang Abah sangat-sangat. Abah tiada penggantinya.

“Selamat ulang tahun yang ke-56 cinta pertamaku. Semoga setiap detik, saat dan hari dilindungi oleh-Nya,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, Mira turut dilihat ada berkongsi perbualan Whatsapp yang memaparkan teguran bapanya terhadap cara pemakaiannya satu ketika dulu.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bidadari Kiriman Syurga itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut mengambil kesempatan tersebut untuk menitipkan ucapan hari lahir buat bapa Mira.

“Abah Is A Very Unique Man,” – Titip Ucapan Hari Lahir, Mira Filzah Kongsi Cara Bapa Tunjuk Kasih Sayang “Abah Is A Very Unique Man,” – Titip Ucapan Hari Lahir, Mira Filzah Kongsi Cara Bapa Tunjuk Kasih Sayang “Abah Is A Very Unique Man,” – Titip Ucapan Hari Lahir, Mira Filzah Kongsi Cara Bapa Tunjuk Kasih Sayang

Sumber: Instagram Mira Filzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI